Friday, January 21, 2011

Sejarah Solat Lima Waktu

^...Di mulakan dengan bismiliah di sudahi dengan Alhamdulillah......
Ok tazkirah untuk malam ni di Surau Al-Hidayah berkisarkan Sejarah Solat Lima Waktu yang setiap muslim lakukan. Wajib ok kawan-kawan sekalian...Banyak sangat input yang aku dapat....Then balik je dari surau terus aku search kan pasal sejarah solat tuh....Untuk pengetahuan dan perkongsian ilmu yang penting yang kita semua perlu tahu selaku muslim.....n aku jugak....huhuu.......^

BERMULANYA DARI SINI....



Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia 
ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat Nabi Muhammad telah diperintahkan 
untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap 
umat Nabi Muhammad di mana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan 
kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan. 

SUBUH 

Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah  Nabi Adam a.s, iaitu ketika baginda keluar dari 
syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut 
yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keuar, Nabi Adam a.s, pun bersembahyang dua rakaat. 
i) Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam, 
ii) Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma. 

ZOHOR 

Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah  Nabi Ibrahim a.s, iaitu tatkala Allah SWT telah 
memerintahkan padanya agar menyembilah anaknya Nabi Ismail a.s,. Seruan datang pada waktu tergelincir 
matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat. 

i) Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan. 
ii) Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya. 
iii) Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT. 
iv) Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas. 

ASAR

Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s, tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah 
SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah
masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah 
diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu: 
i) Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan. 
ii) Rakaat kedua: Kelam dengan air laut. 
iii) Rakaat ketiga: Kelam dengan malam. 
iv) Rakaat keempat: kelam dengan perut ikan Nun. 

MAGHRIB

Manusia pertama yang mengerjakan solat maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh 
Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. 
Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu: 

i) Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa. 
ii) Rakaat kedua: untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang 
telah dituduh melakukan perbuatan sumbang. 
iii) Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahaw tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT 
semata-mata, tiada dua atau tiganya. 

ISYAK 

Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. 
Pada ketika itu, nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya 
penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu 
Isyak yang terakhir. Lalu sembahyanglah nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur. 

i) Rakaat pertama:  Tanda dukacita terhadap isterinya.
ii) Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun. 
iii) Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun. 
iv) Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun. 

No comments:

Post a Comment