Thursday, March 10, 2011

Petanda?

Assalamualaikum w.b.t

Mimpi?

Mungkin ada yang tidak percaya kepada mimpi, adakah ianya kenyataan atau sekadar khayalan??

Tapi kadang-kadang mimpi itu seakan-akan kenyataan cuma sifat manusia yang menafikannya disebabkan mungkin ianya mendatangkan bala atau sebaliknya..

Tetapi bagi aku kadang kala mimpi yang datang itu umpama kenyataan yang bakal terjadi, 
Tetapi adakalanya juga tidak....

Adakah mimpi itu satu petanda?

Persoalan?????

Mungkin akan terjawab sekiranya ianya betul-betul menjadi realiti dan kenyataan
Hanya masa yang menentukan....

~SEKIAN~

Saturday, March 5, 2011

Kenapa Perempuan Masih Single??


“Kenapa perempuan masih lagi single even umur dah meningkat?”...

Paras rupa – Memang tidak dinafikan paras rupa memang perkara yang penting. Kebanyakkan lelaki akan melihat paras rupa terlebih dahulu. Sekiranya perempuan itu mempunyai paras rupa yang menawan dan menarik, takkan tiada lelaki yang terpikatkan? Jangan sesekali anda merasakan anda tidak cantik, semua orang cantik. Semua orang ada kelebihan dan kekurangan dia. Ingat, setiap kita adalah unik!

Penampilan diri – Even paras rupa menjadi point utama bagi seseorang lelaki, penampilan diri turut memainkan peranan yang penting. Sekiranya anda mempunyai paras rupa yang menarik tetapi memakai pakaian yang selekeh, pakai baju macam sekadar ada je, siapa la yang akan tertarik untuk berkenalan lebih rapat dengan awak. Jaga penampilan anda dengan memakai pakaian yang bersesuaian mengikut keadaan dan suasana. Tunjukkan yang awak ini feminin.

Tutur bahasa dan adab sopan – Ni lagi satu pointnya. Perempuan timur terkenal dengan adab sopan dan tutur bahasanya. Tetapi ada juga yang tidak sebegini. Ada perempuan yang main cakap lepas sahaja seperti lelaki pula lagaknya. Mana lelaki yang tak terkejut kalau perempuan cakap perkara-perkara yang tak sepatutnya. Sudah tentu ianya akan menurunkan saham perempuan itu. Lagipun, kan manis dan ayu kalau perempuan menjaga tutur kata dan adab sopan. Ayu, ayu gitu. Mesti ada yang terpikat nanti. ;))

Tidak yakin pada diri sendiri – Perempuan yang masih single sampai sekarang ini selalunya mereka tidak yakin pada diri sendiri. Mereka rasakan mereka tidak layak untuk lelaki itu. Mereka fikirkan tiada siapa yang nak kan mereka. Siapa kata? Setiap seorang telah dijadikan berpasang-pasangan. Cuma cepat dan lambat je. Yang penting kena yakin pada diri sendiri. Even sebagaimana besarnya badan seseorang perempuan itu, tidak bermaksud dia tidak akan berkahwin. Even sebagaimana kurangnya anggota badan dia, tidak bermaksud tiada jodoh bagi dirinya. Yakinlah pada diri sendiri kerana anda merupakan seorang yang hebat.

Serik untuk berkapel – Mungkin pengalaman silam telah menyebabkan anda serik untuk bercinta. Serik untuk mempunyai pasangan di usia sekarang ini. Memang tak dinafikan, pengalaman putus cinta merupakan pengalaman yang memedihkan. Tiada siapa yang akan berasa gembira bila dia ditinggalkan oleh kekasih yang disayang setiap masa. Untuk itu, anda perlu mengumpul semula semangat anda. Jangan ingat, anda telah putus cinta bermakna tiada hari esok untuk anda. Pupuk semangat dan kuatkan motivasi diri anda. Gunakan Tentang Cinta sebagai contohnya. Kongsikan pengalaman anda dan lihatlah, anda bukan seorang di dunia ini. Ada ramai lagi rakan-rakan yang sudi membantu anda. :D

Diharapkan dengan tips-tips di atas dapat membantu anda sedikit sebanyak dalam mengetahui bagaimana untuk keluar dari persoalan ini. Dan sekiranya anda mempunyai pendapat yang lain, anda boleh kongsikan bersama kami semua di ruangan komen di bawah. Semoga anda mendapat seorang jejaka yang dapat menyayangi dan menjaga anda sehingga ke hujung hayat






Alasan Berbohong Kaum Wanita


Alasan berbohong

Umumnya, wanita berbohong bukannya disebabkan mereka tiada arah tuju atau cuba mencipta sesuatu perkara yang tidak masuk fikiran. Terdapat beberapa alasan yang mendorong mereka melakukan hal ini.

1. Balas dendam

Sekiranya kamu berani mengkhianati cintanya, dia juga akan berani membalasnya. Bahkan, dia lebih hebat daripada kamu. Walaupun tindakannya itu telah diketahui, mungkin dia sengaja melakukan sedemikian. Ramai wanita mempunyai cara tersendiri saat menghadapi situasi pembohongan yang dilakukan kekasihnya. Malah, dia juga berani melakukannya dengan secara tersembunyi, tanpa pengetahuan kamu.

2. Urutan kasih

Wanita sememangnya menginginkan dirinya dicintai dan dihargai. Apatah lagi, mengharapkan sebuah percintaan yang tiada titik noktahnya. Lebih-lebih lagi daripada insan tersayang. Mereka ingin menjadi wanita pertama di dalam hidup kamu dan bukannya, berada di tangga kedua atau berikutnya. Sekali kamu menduakan cintanya, dia akan berkali-kali mengkhianati hidup kamu.

3. Kekerasan

Kini, ramai wanita semakin sedar tentang pentingnya penghargaan yang patut diterimanya. Salah satunya ialah bersikap tegas ketika pasangannya melakukan kekerasan (umumnya secara fizikal) kepadanya. Mungkin pada awalnya dia akan cuba bertahan, tetapi apabila kamu kembali mengulangi tindakan tersebut, mereka akan meninggalkan kamu tanpa sebaris nota. Mereka yakin, masih ramai lelaki di luar sana yang dapat menghargai dirinya yang jauh lebih baik daripada kamu.

4. Hambar

Wanita begitu gemar hal-hal yang remeh atau kecil. Misalnya, hari ulang tahunnya, hari jadi kamu berdua atau hal-hal istimewa lainnya. Hati-hati bila kamu menganggap semua ini sebagai hal yang remeh. Apatah lagi apabila selama ini, si dia selalu mengurus hal yang melibatkan pengorbanan demi kekasihnya.

Sekiranya, kamu tidak pernah sesekali menghargai apa yang dia lakukan untuk kamu dan mengabaikan hal-hal yang dianggapnya penting, bersiap sedialah menghadapi pertengkaran yang hebat.

5. Seks

Meskipun kamu tidak memberikan perhatian yang sepenuhnya terhadap si dia, ketidakpuasan dalam urusan seks mampu memberi kesan yang mendalam terhadap perhubungan. Ingat, akibat kurangnya layanan seks, ia akan mendatangkan kesan bahaya dalam perkahwinan. Oleh itu, segeralah mencari jalan penyelesaiannya.

6. Cadangan

Saat putus cinta, biasanya kaum wanita lebih cepat ‘menderita’ ketika menghadapi hari-hari mendatang sebelum mampu bangkit semula untuk hidup gembira.

Ini kerana, sewaktu dia mendapat petunjuk bahawa perhubungan itu tidak dapat dipertahankan lagi, mungkin dia akan mencari pengganti kamu. Jadi, sekiranya kamu benar-benar mencintainya, perbaikilah hubungan kamu dengannya segera.

7. Jejaka bermasalah

Maksudnya, terdapat banyak perkara di sekeliling kamu yang membuatkan pasangan merasakan kamu tidak diperlukan lagi. Sebabnya, selain menjalani hubungan cinta yang sudah tentunya tidak lepas daripada kekangan masalah, kamu juga harus menangani karakter kekasih yang semakin berani. Ingat, dia bersikap sedemikian disebabkan kamu yang memulakannya dahulu.

8. Hubungan tiada kesudahan

Kebiasaannya, saat menjalani hubungan dengan pasangan, wanita menginginkan adanya hubungan yang penuh komitmen, iaitu hubungan yang diakhiri dengan keputusan membanggakan.

Apabila sudah lama menjalin hubungan cinta, tetapi tiada keputusan untuk ke jinjang pelamin, wanita akan berfikir bahawa kamu tidak lagi menginginkan dia dalam hidupnya. Jadi, buat apa menunggu kamu dengan lebih lama?

9. Bosan

Hal ini muncul disebabkan dia terperangkap dalam rutin hariannya sama ada kerja rumah mahupun hubungan yang dijalinkan itu begitu membosankan.
Baginya, jika kamu tidak memberinya perhatian yang diharapkan dan waktu kamu pula lebih banyak dihabiskan untuk urusan lain, biasanya wanita akan mencari jalan penyelesaiannya yang tersendiri. Perlu diingatkan bahawa wanita gemarkan suatu kejutan dan selalu ingin dirinya lebih istimewa.

10. Hubungan tidak diduga

Pada awalnya, dia berasa terlalu selesa saat menjalin hubungan dengan kamu. Tetapi ternyata, dia tidak menikmati kehangatan bersama dan terasa begitu terikat dengan kamu. Tidak hairanlah apabila kamu masih cuba membawanya ke sana dan ke sini, dia mula bersikap dingin kerana sudah menyerahkan seluruh perasaannya kepada insan lain.

sumber: kosmo

Rahsia Dahi & Personaliti Wanita


Dahi Jendol

Dahinya agak luas dan seolah-olah ‘benjol’ ke hadapan sedikit. Tapi jangan ingat,orang yang berdahi jendol ini tak cantik tau! Kalau kena gaya rambutnya, memang cantik. Jangan pula asyik mengikat rambut ke belakang. Dahlah dahi tu jendol. Tentu agak ‘buruk’ rupanya. Tapi itu tak penting. Yang penting, apa rahsia disebalik bentuk dahi itu? Sebenarnya si Jendol ni mempunyai keistimewaan tersendiri. Dahi jendol melambangkan bahawa si pemiliknya mempunyai kecergasan yang tinggi. Mereka juga rajin dan cekal dalam usaha mereka untuk mencapai apa yang dihajati dalam hidup. Sifat tanggungjawab mereka juga cukup jelas kerana tiap tanggungjawab yang diberikan pasti akan sangat. Selain itu,mereka juga pandai bergaul danmenempatkan diri mereka didalam apa situasi sekalipun. Tiap manusia ini kan ada kelemahannya. Bagi pemilik dahi sebegini,mereka dikatakan terlalu setia pada cinta hingga boleh membuatkan diri mereka sendiri yang merana. Sekali dia jatuh cinta, sukar untuk dia melepaskan ‘burung’ di dalam genggaman walaupun dia sedar pilihannya itu punya banyak kelemahan! Hai.. untunglah sesiapa yang menjadi kesayangan mereka ni. Tapi usahlah setia ‘membuta’ sangat. Nanti diri yang tewas dan berendam air mata! Setialah pada yang juga benar-benar setia pada kamu! Satu lagi kelemahan mereka ini, punya rasa percaya dan yakin pada diri yang sangat rendah. Sebabitulah mereka perlukan dorongan!

Dahi sempit

Sebahagian dahinya dipenuhi dengan anak-anak rambut yang banyak hingga membuatkan ruang dahinya kelihatan kecil saja. Sifat mereka ini, suka sangat berdikari dan tak suka bergantung pada orang lain. Bagi mereka, tak ‘mati’ kalau hidup sorang- sorang pun. Mereka juga tak mudah menyerah kalah dalam apa juga yang dilakukan. Nampak saja dahi sempit, tapi jiwa dan semangat tak ’sempit’! Kamu yang memiliki dahi ini tentunya bangga bila baca rahsia dahi sebegini. Dikatakan mereka yang berdahi sempit jarang mendapat kesukaran dalam urusan pembelajarannya. Sebaliknya, entah mengapa mereka agak sukar mencari pasangan/kekasih!

Dahi lebar

Wah! Saiz dahinya agak ‘lapang’ dan luas. Kadangkala mereka punya bentuk muka yang kecil tapi saiz dahi membuatkan wajah mereka agak ‘lebar’ di bahagian atasnya. Biasanya mereka ini lebih suka bersikap pendiam dan lebih suka membuat hal sendiri saja. Tapi ini bukan bermakna mereka ini tak suka berkawan. Sebenarnya mereka jarang suka memulakan bicara terlebih dahulu. Kalau ada yang mulakan, boleh saja! Selain itu mereka juga sangat pakar dalam soal ’simpan menyimpan’ ini. Jadi tak hairanlah kalau mereka ini mempunyai banyak wang simpanan! Bagus lah tu, sebagai jaminan masa depan.

Dahi bersegi

Ha! Si dahi bersegi ini rupanya kuat bekerja rupanya. Segala kerja yang dilakukan itu pasti akan dilakukan dengan tekun sekali. Mungkin sebab itu juga dia pasti lebih menonjol daripada teman-teman yang lain di sekolah/pejabat. Kelemahan diri mereka pula,mereka tidak mempunyai ramai teman memandangkan sikap mereka sendiri yang suka memilih teman. Hai..pilih bulu nampak? Mereka juga sukar menjalinkan kemesraan dengan orang lain kerana sikap mereka yang agak kaku memulakan perbualan.

Dahi berbentuk ‘M’ atau ‘hati’

Kuat imaginasi rupanya kamu ni yek! Pantang ada kelapangan asyik nak berangan saja. Sebab itu tak hairanlah kalau mereka ini suka menyendiri. Tapi itu tak bermakna mereka tak suka bergaul tapi mereka lebih ’serasi’ dengan orang-orang yang ’sekepala’ dengan mereka juga. Mereka juga dikatakan sangat beruntung dalam hidup. Ada saja ‘rezeki’ yang mereka dapat. Dah nasib badankan! Kelemahan mereka pula, tidak suka menjadi ketua kerana bagi mereka ia terlalu membebankan dan tidak mampu untuk dipikul. Selain itu,mereka juga’mulut tempayan’ dan sukar simpan rahsia! Jadi awas sebelum kamu ‘membuka’bicara di hadapan mereka. Kalau kamu hendak berita itu ’satu dunia tahu’,bolehlah kamu khabarkan pada mereka! Rahsia sudah bukan rahsia lagi!

Dahi dengan juntaian anak rambut

Rambutnya dibiarkan berjuntaian di dahinya. Mereka dikatakan seorang yang bijak serta sangat pemurah. Mereka juga suka memberikan pertolongan kepada teman – teman yang memerlukan hinggakan kadangkala mengenepikan kepentingan sendiri. Itu menyebabkan ramai yang menyayangi mereka.Kelemahan diri pula, mereka agak boros dalam soal berbelanja. Tak hairanlah,asyik ‘over budget’ saja! Mereka juga sukar bersikap tegas dan lembut hati. Itu menyebabkan mereka mudah dipengaruhi hingga dipergunakan oleh orang lain!

RENUNGKN N AMALKN....=P

15 PINTU SERANGAN SYAITAN
1.Pintu Marah.
2.Cinta Dunia.
3.Enggan menghadiri majlis ilmu.
4.Panjang angan-angan.
5.Rakus.
6.Bakhil.
7.Suka pujian.
8.Riak.
9.Ujub (mengagumi diri sendiri).
10.Takut & Gelisah.
11.Buruk Sangka.
12.Memandang Rendah orang lain.
13.Suka pada dosa.
14.Merasa aman dr pembalasan Allah.
15.Putus Asa dari rahmat Allah.




15 SENJATA PENGHALANG PINTU SYAITAN

1.Membaca Bismillah (menjadi kunci pada perbuatan baik).
2.Banyakkan berzikir.
3.Banyakkan Beristigfar.
4.Baca “la i’ la ha illa anta subha naka inni kuntu minaz zoli min”.
5.Jangan tidur berseorangan.
6.Baca doa pagi dan petang.
7.Bersugi.
8.Melaksanakan solat jemaah.
9.Berwudhuk sebelum tidur.
10.Menutup aurat.
11.Membaca doa masuk tandas.
12.Banyak berselawat pada hati.
13.Bertaubat, beristighfar.
14.Banyakkan baca Al-Quran.
15.Membaca surah Yassin setiap pagi.