Thursday, April 28, 2011

Pengorbanan ayah...:(

........huhuhu......
Assalamualaikum w.b.t


Oke....nak tahu nih gambar sape??
Tentulah gambar ayah sumes, dulu, kini dan selamanya....

Tapi sumes sedih lah sekarang bila teringatkan ayah sumes...
bila sumes dapat tahu yang ayah bekerja semula hati sumes tersentap..
sumes tahu yang ayah belum betul-betul sihat..
tapi jauh di sudut hati ayah sumes mesti mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya...
Sumes sedih bila ayah sumes cakap "InsyaAllah ayah mampu buat".

Ya Allah.......sesungguhnya ayah sumes adalah orang yang paling terbaik dalam hidup sumes...
walaupun kerja yang tak berat tapi sumes sangat-sangat risau..
dan
kalau boleh sumes tak nak bagi ayah sumes kerja lagi...
bagi ayah betul-betul sihat dulu baru kerja..
tapi apakan daya sumes....
tabah n kuatnya hati ayah sumes mengatakan dia mampu melakukan yang terbaik demi anak-anaknya..

terharunya sumes dengar...
tak dapat sumes gambarkan dengan kata-kata tatkala luahan ni tertulis melainkan iringan air mata...

Ya Allah berikanlah kesejahteraan dan kesihatan tubuh badan yang sihat kepada ayah sumes yang tercinta..
sumes sayang ayah..:(

Wednesday, April 27, 2011

Sabarnya Hati mak....:(

Assalamualaikum w.b.t

ermm.....hari sadis sumes datang lagi...tak suke.tak suke.tak suke....

Nak tahu apa?

Pasal emak sumes......
ish!!..terharu sumes dengan kesabaran mak layan sumes n adik beradik semua.

Tapi kan...

sumes nih banyak sangat buat perangai..
Kecian mak.......sabar jer...
selalu pesan..."Along jaga diri baik-baik tau..."

Along memang jaga mak..along cakap ya,,,tapi kan bila masanya along ada perasaan tak puas hati tuh mak tanya pon along jawab "erm"...

Tapi mak still cakap dengan along ngan nada suara yang menyenangkan..
jahatnya along buat macam tuh kat mak..:(

Along mintak maap mak...
along tak sengaja....

Kadang-kadang ada bendanya along susah sangat nak share atau cakap dengan mak...
along tahu mak kecik hati dengan along tapi mak...
along betul-betul tak sengaja.....

Mak tetap sabar even along buat macam nih...
mak tetap bagi pesanan suruh jaga diri..
mat tetap gelak ketawa bila cakap dengan along yang macam nih...

Tapi along??
Astagfirullahalazim....
Along rasa berdosa makk.....:(

:(...


Tuesday, April 26, 2011

-1001 perangai dan ragam manusia-

Selamat malam semuaa....

malam ni cik sumes nak cakap pasal 1oo1 perangai dan ragam manusia ni yang tidak boleh diramal dan dirancang

Susahkan.....nak tahu macam mana perangai sorang-sorang, ragamnya lagi.....Subhanallah!!....cik sumes berada di antara orang yang dilema tentang 1001 perangai dan ragam manusia ......

Tak nak cerita terlalu detail tapi CUKUPLAH sekali terkena/dikenakan/...apa-apa yang seangkatan dengannya seterusnya melibatkan hati dan perasaan!..Tu yang paling sakit bila kita je yang PERLU n PATUT jaga n tahu perasaan ORANG BERKENAAN macam mana, bila, kenapa, kenn n bla2......tu lah kan kita ni kena pikir pulak semua-semua perasaan tu untuk MEREKA-MEREKA semata-mata untuk menjaga hati dan perasaan MEREKA. Sedangkan adakah MEREKA tahu tentang perasaan kita pada masa tu??..Tak kan??....

Ish!!.....perasaan tu pulak pelbagai!!>...yang c.sumes nak cerita bagi nih!!...pasal perasaan terkilan yang amat!!....Astagfirullahalazim........istighfar bebanyak....bukan niat c.sumes nak besar-besarkan dan buruk-burukan mana-mana pihak pon,,tapi sebagai pengajaran dan INGATAN!!......"kalau nak cakap tuh biarlah kena pada tempat/masa/cara dan seangkatan denganya".....tapi tu lah...

*cerita ni sebagai 1 pengajaran oke.*

(ada 1 masa tu baru je lepas azan magrib...kira-kira c.sumes nak solat magrib dah nih. dah ciap angkat takbir lagi dah,tetiba ada meseg..."yang perlu menghantar barang yang dipinjam tuh dengan segera"...bukan apa,, kalau telinga nih dengar meseg telepon, tak tengok kang ada meseg penting susah pulak, so untuk menenangkan solat tu c.sumes pon tengok dulu meseg tuh...Al-kisahnya........memang SENTAP abislah!!....arahan bagaikan c.sumes nih pesalah.....YA ALLAH...."time-time magrib ni DIA tak pikir ke c.sumes nak solat ke ape??..bukan sengaja atau niat nak melambatkan/nak pegang harta orang ni lama-lama...")..

Tapi!!.....SENTAP c.sumes time tuh memang tak terkata lah...!!!..
prinsip c.sumes CUKUP SEKALI buat even boleh maap tapi jauh di sudut hati masih tercalit KESENTAPAN tuh...OKE...bukan berniat berdemdam tapi tu diri c.sumes...InsyaAllah akan berubah, masa menentukan segalanya...

"Bukan senang nak jaga hati orang sedangkan hati kita sendiri terluka"


Monday, April 25, 2011

Kehadapan my future hubby

@..wow kedebabom!!!.....tajuk pon dah buat orang terkujatkan........tadi mase tengah2 blogwalking nih sumes jumpa la cerita nih..bila baca fuhh!!..best nya..so share la tuk sesape yang nak baca,,,,jom2.....surat nih boleh ditulis @ sebagai panduan kita untuk MY FUTURE HUSBAND @


Kehadapan my future hubby (tiada 'ies' di belakangnyer).

I menulis article ini kerana sifat suka menjawab i lepas mentengok surat cinta utk future wife(s) yg dah tersebar kat facebook. Lagipun mmg dah lama I nak menulis ni tapi malu2 kucing gitu. So, sila baca entri ni bersungguh-sungguh dan semat dalam ingatan u supaya u tau bukan kaum bapa saja yg nak wife hebat, dan betapa lasernya mulut I kalau kita ada jodoh nanti (maklumla, u kan kene jaga I sampai akhirat?).

So, wahai my future hubby (tiada 'ies' di belakangnyer).

I tak tau siapa u b, sbb I takder ilmu meramal masa depan. Tapi I yakin Allah dah readykan u for me. Tapi nanti bila kita jumpa, I harap u terimalah seadanya I, sepertimana I akan terima diri u seadanya u. Lagipun, I tau yang u mmg Allah bagi jadik sesempurna manusia kat hati I. Dan baik. Dan rajin. Dan alim. Dan of kos hensem kat mata I. Sebab tu Dia readykan u utk I kan? =)

I harap bila I membrowse2 facebook dan membuat kerja2 blogwalking nanti, xla I terjumpa gambar u yg macam2 rupa. Sebab setau I, lelaki2 bila perasan dia hensem (yg x hensem pun sama jugak), mesti nak war2kan rupa dia kat satu dunia. Macamla dia sorang yg mcm da'bomb. I vavavoommmm jugak, tapi xderla pulak I letak gmbr kat facebook nak tunjuk kat seluruh dunia. Sebab I rs tak perlu pujian org. Allah dah jadikan I vavavoommm dengan cara yg tersendiri. Jadi I tidak memerlukan pujian manusia. Cuba u baca ni jap, b : "Al-Miqdad bin al-Aswad berkata Rasulullah SAW memerintahkan kami supaya menabur pasir ke muka orang yang suka memuji diri. (Hadis riwayat Muslim)". So jaga2 taw suka mintak puji dan kene puji ni...

Jadi, gambar u yg pakai rantai ke, tgh shisha sampai 8 paip ke, tgh di kelilingi ppuan pelbagai gaya ke apa ke, tgh shuffle2 ke, tgh terloncat2 dlm gig ke apa ke, baikla u delete je. I xnk org mengumpat bakal suami I yg Allah dah pilih utk I ni. Dosa u pun dah banyak b... Diorang mengumpat pun sbb u yang mengundang. U share dosa taw, b! Nanti lepas kawin u nak jaga I dengan anak2 lagi. Dosa kami pun nnt u kene tempias sikit2. Kesian taw kat u. Baik u cuba kurang2kan sket dosa kecik2 u tu.

Lagipun u tau kan, bakal mak ngan ayah mertua mana pun dalam dunia ni mesti tak berkenan ngan lelaki yg nampak mcm tak peduli agama langsung dan xleh bimbing anak diorang =).

My future hubby (tiada 'ies' di belakangnyer),

I tak tau pasal masa depan kita. I tak tau berapa banyak duit yg u akan ada, sebab mcm I cakap mula2 tadi yg I ni xder ilmu meramal masa depan. So, dengan kata lain, I tau mungkin u tak akan mampu kasik umah 10 tingkat kat i (walaupun I rs umah 10 tingkat tu u mampu nak bg sebab Flat DBKL pun 20 tingkat). I tau mungkin u pun x mampu nak kasik I 10 emas intan berlian. I tak kisah sbnrnya kalau u takder harta. U tau tak kenapa? Sebab harta2 ni semua kita guna kat dunia je. Bila u mati nanti kan, b... U bawak amalan u je. I dgn anak2 semua u akan tinggalkan smpi kita jumpa balik akhirat nanti. Apa sedekah jariah yg u dah buat ms kat dunia dgn ikhlas, ilmu2 bermanfaat yg u ada dengan doa anak2 yg soleh. Maknanya kan b, baik u jgn ajar2 sgt I dengan anak2 kita gila dunia. Baik u ajar kami ni dengan agama dan iman. Kita sederhana dahla ya? Rs mcm tak perlu kot u nak beli BMW 7-series ngan TV 100inci sekali dgn surround sound system yg slalu kuar lagu2 haram tapi x pernah kuar alunan ayat Al-Quran.

Bila kita ada umah nanti, I harap u bagila I bekerja. Sebab I tau, walaupun menyediakan kelengkapan dan keperluan hidup tu mmg tugas u, tapi tak salah rsnya I membantu selagi tak berlawanan dengan syariat. Maklumla ya b, I xnk menyusahkan hati u sampai nak beli kicap masa I lalu kat kedai pun kene tipon u mintak u bank-in duit. Cuba u baca ni jap, b : " Abdur Rahman bin Auf meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: Seorang yang membuat susah kepada suaminya dalam hal belanja atau membebani sesuatu yang suaminya tidak mampu maka Allah tidak akan menerima amalannya yang wajib dan sunatnya.” See, b? Kesian kat I. Kalau I diberi peluang usaha duit sendiri sikit2 pun, InshaAllah I tak merapu2 nanges guling2 mintak itu ini kat u. Kang sia2 semua amalan I. U tak kesian kat I ke b? Kita nanti kan kene saling bantu membantu...



Tapi kalau u nak jugak suruh I duk umah jaga u dan anak2 je, maka I akan sedaya upaya redha lah dan tutup mulut I dr mintak2 kat u. Tapi u janganla sampai kasut I dah luruh tapak pun x belikan yang baru ye? Nanti I nangis luka kaki, u jugak yg pening.

Tapi walaupun I redha dengan rezeki yg Allah bagi kat kita nanti, jangan pulak u rembat duit maskawin atau cincin hadiah kawin yg u sarung kat I masa menikah tu, Tu dah jd hak I. Bahagian I yg Allah tentukan. Berdosa taw u amik! Kalau xder duit sgt, nanti I blaja buat kuih and jual nasik lemak ya? U pegila buat part time drive teksi malam2. Takper, rezeki kita Allah dah tentukan. kene yakin Lailahaillallah aje.

Pastu kan b, kalau u rs nak tambah org umah lagi 1,2,3 org sebab u nak ringankan beban menguruskan umah, InshaAllah I bg. Memang u suami perihatin. patutla Allah nak jodohkan I ngan u kan b? Tapi kan b, u kenela ajar i grip agama dulu. Kalau u tak ajar I grip agama dan dahulukan Allah, takut2 nanti kepala bini2 u yg lain tu yg i grip, terguling2 atas tanah berebut perhatian u. Laaaaa....nampak sgt u takleh ajar 1 org umah. Camana u nak ajar 2,3,4? U jangan tamak taw b... Tuhan marah taw... Poligami ni utk yg mampu memikul amanah, tanggungjawab dan keadilan saja. Kalau kasut I yg dah luruh tapak tu pun u xleh ganti, cmanala u nak kasik kasut kat bini2 yg lain? Berselipar jamban aje pulak nanti kami ni semua. Tapi alhamdulillah la jugak. Ada jugak rezeki kan?

Hmmm...u tau x? I ni bukannya seorang yg lemah lembik dan akan ikut semua kata2 u. U fahamla ya b? I ni manusia lemah. Sebab akal I lg 9 ada kat u. Rusuk I pun I pinjam daripada u. Dah fitrah ppuan mmg memerlukan bimbingan. Lainla kalau I ni jenis mcm Waliullah Rabiatul Adawiyah ngan Siti Maryam. Ala, u pun bukannya mcm para sahabat. So kita ni kira fair and squarelah yer? jodoh Allah bg kan sesuai ngan diri masing2... =). Kalau bergaduh ke apa ke, I harap u sabarla banyak. Janganla laser je mulut u nak mencerai2 I sebab perangai I yg degil ni. Sbb tu I kata, ajarla I guna agama. I ni bukan anak kura2 taw. Bila u xmo kang u tinggalkan kat paya. Ehhhh no no no. U bayar maskawin I rm80 ngan sebentuk cincin (or seutas gelang or seutas rantai tu), terikat sampai akhirat taw...

I ni sangat2lah mengharapkan u ni bersifat tegas dalam lembut pd I and anak2 kita nnt. U kan imam, makmum mesti nak follow. Kalau imam salah baca, makmum terus jd blur.

My future hubby (tiada 'ies' di belakangnyer)

I tau mesti u mengidamkan sorang isteri yang reti masak, mengemas dan bleh menjahit. Sikit2 pun xper asal jangan jahil langsung. Btul tak? Kan? Kan? Utk pengetahuan u, I mmg tgh cuba nak memperkayakan ilmu rumahtangga sementara tunggu Allah jodohkan I ngan u. Tapi kan b, u pun kene la blaja memasak, mengemas dan menjahit sket2. Nanti kang kalau I duk kat spital masa lahirkan anak yg berikut2nya cmana? Kang kesian u lapar ngan anak sulung kita kat umah. Nanti sian i susah hati kat spital pikir suami ngan anak kesayangan I apala ceritanya kat umah. Dah penat bertarung nyawa nak lahirkan anak u, lagi mau nangis plak pikir umah cmana. Kesian I kan?

Lagipun kalau I penat ke demam ke, bleh jugak u tlg2 sket2. U mesti xnak kan dalam hati I ni membanding2 u ngan suami jiran sebelah yg rajin tlg bini buat keje umah? Telan air liur je I nanti. U tak kesian ke? Takkan u nak duduk je memboroikan diri tgk bola kat Astro kot? Kang dah tak macho, I tgk lelaki u marah plak. I pun berdosa. Anak2 pun nanti xder contoh ayah mithali. Kang diorang mintak I cari ayah lain cmana? Bahaya tu b.

I harap u jagala diri u sebelum jumpa I. Kayakan diri u dengan iman dan taqwa sebab nanti U nak jaga I ngan anak2. Kalau driver tak tau jalan, penumpang semua habis sesat. Takper, I paham kalau u penah kapel2 sebelum ni. Atau u pernah jadi jahat sebelum u jadi baik. Sebab I pun bukan baik sgt. Baru nak belajar2 beriman. Allah syg org2 yg bertaubat dan belajar mengenal Dia ni b. Kene kenal tuhan dlu sebelum kenal I, supaya I pun dulukan Allah drpd u. I xnkla nanti I syg u sebab u. I nak syg u sebab Allah. Allah tau manusia ni lemah, b. Iman naik turun mcm rollercoaster. Cuma nanti kita usahala sama2 ye nak membahagiakan sama sendiri dan kita sama2 menyenangkan 'hati' Allah. Jodoh kita pun Dia yg bagi. Jadi, xkan kita xnk bersyukur ye tak?

Lagi satu, I harap lepas kawin, u pegila keluar ikut org buat usaha agama sikit2. Kalau tanggungjawab kat umah u dah settlekan, tak salah u keluar ajak org lain pun jadi mcm u. Takkan u nak masuk syurga sorang2 kot kan b? Nanti boring pulak xder kawan. I akan belajar fahamla kalau u nak follow Jemaah Tabligh keluar 3 hari, 7 hari, 10 hari, 40 hari, 4 bulan. Kalau u nak pegi kempen2 Kem Ibadat ke apa ke, xper b. I akan doakan u, InshaAllah. Nanti kita ikutla budi bicara rumahtangga ya? Mcm I katala. Kalau u ajar i dahulukan agama, InshaAllah Allah akan bg I fhm kewajipan u kene keluar berdakwah dan mengenal diri u. Kalau u tak kenal diri u, cmana I ngan anak2 nak kenal u? Absence makes the heart grows fonder. InshaAllah I akan cuba jadi isteri solehah utk u, jaga diri elok2 skalik masa u takder.

Akhir kata daripada I, bila kita jumpa dan menikah nanti, I masak, u makan jangan komplen2 banyak. Syukur rezeki yg ada. U imam, I makmum. U baca doa, I aminkan. I merajuk, u pujuk. Perfect kan? So u doa banyak2 supaya Allah jumpakan kita ya? I malu nak pergi cari2 U. Malu kan pakaian wanita? U pun sure xnak I terhegeh2 pampang muka nak cari u kan? Jodoh tu kan rahsia Allah? Kat sana ajelah kita doa ya?


Wassalamu'alaikum warohmatullahi wabarokatuh.



Yang benar,

Bakal Isterimu Si Mulut Laser

Ego Aset Penting Lelaki!!

OKEH!!...jom kita kenali lelaki..
jeng3!!!..




Kata orang, ego itu amat penting bagi lelaki. Malah, ada juga yang menganggap ia sebagai suatu aset pelengkap diri Antaran itu, tidak hairanlah  kalau  sebut  sahaja ego, serta-merta muncullah   wajah   mana-mana lelaki di fikiran. Namun, bukan semua lelaki mempunyai ego yang sama. Ada antaranya yang  begitu  ego  di  tempat kerja, apatah lagi kalau dia berpangkat  besar.  Tetapi, apabila  berada  di  rumah ataupun di samping keluarga, tidak pula kelihatan ketara egonya.

Menurut     kaunselor berdaftar,Hushim Salleh,  setiap  individu memiliki   egonya   sendiri sama ada dia lelaki ataupun     perempuan.Walau    bagaimanapun, darjah keegoannya sudah tentu  berbeza-beza  antara satu sama lain. Kata beliau lagi,  konsep ego sebenarnya  melibatkan  keyakinan dan jati diri seseorang. Lazimnya  apabila  seseorang  lelaki itu  mempunyai  sifat  tersebut, dia  akan  berasa  dirinya  melebihi  orang  lain.  Selain  itu,  dia juga acap kali merasakan bahawa individu lain tidak selari dengan pendapat    dan    pemikirannya. Lantas situasi ini mendorongnya untuk banyak  membantah  dan menentang.

“Selalunya  orang  yang  ego ini,  dia  mempunyai  sifat  agresif yang lebih tinggi daripada orang lain.  Dia  selalu  sahaja hendak menang.  Apabila  dia  pandang orang, selalunya dia hendak pandang  dirinya lebih tinggi daripada  mereka,”  terang Hushim. Ego    lelaki    biasanya    akan menjadi lebih ketara apabila dia  berhadapan dengan wanita. Umumnya keegoan tersebut tercetus kerana   lelaki   sentiasa   berfikir yang  mereka  lebih  tinggi,  hebat, berkuasa dan kuat berbanding  wanita.  Lantaran  itu,  bagi  mereka, wanita mesti mendengar dan menurut kata-kata mereka.

“Lelaki    biasanya    mengatakan dialah pemimpin dan ketua terutamanya   kepada golongan perempuan.  Inilah  yang  membentuk ego. Memandangkan dia   menganggap   lelaki sebagai  pemimpin  dan ketua,   jadi   apa   sahaja  yang  dia  buat mesti   lebih   daripada perempuan. Pada masa inilah dia cenderung untuk menunjukkan kekuatannya,” ulas beliau. Meskipun begitu, akui beliau, kehadiran ego juga sebenarnya cukup penting  dalam  diri  kalangan  lelaki bergelar pemimpin.

Kata orang, ego itu amat penting bagi lelaki. Malah, ada juga yang menganggap ia sebagai suatu aset pelengkap diri. Antaran itu, tidak hairanlah  kalau  sebut  sahaja ego, serta-merta muncullah  wajah   mana-mana lelaki di fikiran. Namun, bukan semua lelaki mempunyai ego yang sama. Ada antaranya yang  begitu  ego  di  tempat kerja, apatah lagi kalau dia berpangkat  besar.  Tetapi, apabila  berada  di  rumah ataupun di samping keluarga, tidak pula kelihatan ketara egonya. Menurut kaunselor berdaftar,Hushim Salleh,  setiap  individu memiliki egonya sendiri sama ada dia lelaki ataupun perempuan.

Walau bagaimanapun, darjah keegoannya sudah tentu  berbeza-beza  antara satu sama lain. Kata beliau lagi,  konsep ego sebenarnya  melibatkan  keyakinan dan jati diri seseorang. Lazimnya  apabila  seseorang  lelaki itu  mempunyai  sifat  tersebut, dia  akan  berasa  dirinya  melebihi  orang  lain.  Selain  itu,  dia juga acap kali merasakan bahawa individu lain tidak selari dengan pendapat    dan    pemikirannya. Lantas situasi ini mendorongnya untuk  banyak membantah  dan menentang. “Selalunya  orang  yang  ego ini,  dia  mempunyai  sifat  agresif yang lebih tinggi daripada orang lain.

Dia  selalu  sahaja hendak menang.  Apabila  dia  pandang orang, selalunya dia hendak pandang dirinya lebih tinggi daripada  mereka,”  terang Hushim.  Ego    lelaki    biasanya    akan menjadi lebih ketara apabila dia  berhadapan dengan wanita. Umumnya keegoan tersebut tercetus kerana   lelaki sentiasa   berfikir yang  mereka  lebih  tinggi,  hebat, berkuasa dan kuat berbanding  wanita. Lantaran  itu,  bagi  mereka, wanita mesti mendengar dan menurut kata-kata mereka. “Lelaki   biasanya    mengatakan dialah pemimpin dan ketua terutamanya   kepada   golongan perempuan.  Inilah  yang  membentuk ego. Memandangkan dia   menganggap   lelaki sebagai  pemimpin  dan ketua,   jadi   apa   sahaja  yang  dia  buat mesti   lebih   daripada perempuan. Pada masa inilah dia cenderung untuk menunjukkan kekuatannya,” ulas beliau. Meskipun begitu, akui beliau, kehadiran ego juga sebenarnya cukup penting  dalam  diri  kalangan  lelaki bergelar pemimpin.

Tidurlah Kalau Nak Cantik!




*OK...sumes nk kongsi pasal artikel nih!!...........TIDUR??haha...sape tak suke kan....so kenalah baca....:)*

Tolong jawab, siapa yang tidak suka tidur? Tidur memang dikaitkan dengan malas dan tidak produktif. Malah tidur yang melampau akan memudaratkan. Tetapi jika tidur cukup, tentulah tidak salah dan tubuh pasti lebih fit.

Tidur    sama    pentingnya dengan  air  dan  makanan tetapi  ada  orang  anggap tidur  ini  amalan  remeh. Padahal tidur adalah salah satu resipi sihat, cantik dan awet muda.  Tidak  percaya?  Ketika  tidur,  tubuh  bekerja  keras  memperbaiki  sel-sel  dan  jaringan  tubuh yang rosak. Otak pula sibuk mengisi  ruang  memori  dengan pelbagai perkara yang anda alami  dan  pelajari.  Tidur  yang dimaksudkan   ini   adalah   tidur yang   berkualiti.   Ada   beberapa  persoalan  mengenai  tidur  yang perlu kita tahu. Apakah pengaruh tidur  bagi  organ-organ  penting manusia?  Benarkah  tidur  yang terlampau  akan  membuat    anda gemuk?  Atau  sebaliknya  kurang tidur  boleh  menyebabkan  anda obesiti?


Kulit

Semasa  tidur,  tubuh  menghasilkan  hormon  pertumbuhan manusia  (human  growth  hormone/HGH)   dan   melatonin.   Fungsi kedua-dua hormon ini berkaitan dengan     kecantikan,     antaranya   untuk   memperbaiki   sel-sel  tubuh,  mencegah  penuaan  diri dan  meremajakan  kembali  jaringan-jaringan  tubuh  yang  telah haus.  Kerana  itu  jangan  hairan apabila terdapat perbezaan yang jelas  antara  kulit  orang  yang  cukup tidur dengan yang kurang tidur. Seseorang yang kurang tidur akan kelihatan lebih tua dari usia sebenarnya.  Sementara  yang  cukup tidur nampak lebih segar.

Mata
Mata  adalah  sensor  pertama manusia bagi memulai hari. Begitu mata melihat cahaya terang di pagi  hari,  ia  akan  mengarahkan tubuh untuk memulakan aktiviti. Dalam sehari otot-otot di sekitar mata akan bergerak-gerak ribuan kali mengikut ekspresi wajah. Sedih,    gembira,    berkerut, ketawa    semuanya    melibatkan tarikan otot-otot sekitar mata. Sebab itulah, tanda-tanda penuaan salah satunya ada di kerutan sekitar mata. Jadi untuk memastikan otot-otot  itu  punya  waktu  istirahat yang cukup setiap hari, tidur sangat diperlukan. Bagi   sesetengah   orang,   cahaya  mempengaruhi  cepat  atau lambatnya  seseorang   tidur   di samping   keselesaan. Ada   yang tidur  dengan  suasana  lampu  dipasang  dan  ada  juga  yang  tidur dalam keadaan gelap.

Paru-paru
Sama   ada   dalam   keadaan jaga mahupun tidur, udara akan masuk  ke  dalam  tubuh  melalui mulut   dan   hidung,   mengalir ke  saluran  pernafasan  dan  kemudian  ke  paru-paru.  Apabila udara  mengalir  dengan  baik  ke paru-paru, maka fungsi organ ini juga akan berfungsi dengan baik. Hasil  kajian  Dr.  Olga  Parra  dari Universiti   Hospital   Barcelona, Sepanyol mendapati, kesulitan tidur akan menimbulkan risiko serangan  angin  ahmar.  Ini  kerana adanya  gangguan  berkala  ketika bernafas. Jadi sangat jelas bahawa gangguan tidur adalah gangguan pernafasan  selama  tidur  kerana terhalangnya  aliran  udara  yang masuk ke dalam paru-paru.Nasihat beliau, lakukan aktiviti apa pun agar tubuh bergerak dan letih. Organ tubuh yang aktif bergerak akan mencapai puncak keletihan  pada  malam  hari  sehingga  membawa  kepada  tidur yang selesa, tanpa gangguan pernafasan selama tidur.

Friday, April 8, 2011

Gembiranya Hati ini..

Assalamualaikum w.b .t

(dah tersangat lama tak post somethg sebab mood sentiasa menghalang......terima je..)

Huh!!....nafas lega....nak tahu kenapa??
Kesakitan dan keperitan yang ditanggung dalam masa yang sangat singkat menginsafi diri ini tatkala didatangi dugaan dan ujian pada insan yang lemah ini..
(ayat macam skema tapi tu lah hakikatnya..)

Selepas BIG (ketahanan mental dan fizikal, kesabaran semua ada...........terima saja..), then, CUTI MID SEM (tiba pulak musim hujan,time tu lah nak deman dengan teruknya,,,,,,,terima lagi...tabah even merungut...), pastu PBS pulak (ni lagi satu yang realiti berlaku....menumpang di rumah kawan di GANU %perasaan tuh tak yah nak kata lah memang tersangatlah malu untuk berkomunikasi dengan parents dia...tapi nak buat macam mana juz be myself.....take time ok nak ubah semua tuh...bukan senang...even dah ramai yang soksek3 sana sini yang aku denganr tentang kekurangan aku ni.....tapi terime je lagi.....time PBS tuh 1 week..fuh memang sangat menguji diri aku ni yang tersangatlah tak sukakan budak-budak di sebabkan pengalaman hidup....so mula-mula aku rasa sangatlah susah tapi bila dah ada di situasi sebenar secara otomatiknya aku SANGAT3 lah suka kat dorang2 tuh....YA ALLAH nikmatnya bersama-sama mereka,,,,ok! mulai sekarang aku nak delete mind set aku nih yang budak2 tuh sebenarnya baik cume kenakalaan dorang tu je menguji menguji tahap kesabaran aku nih....OK!...selesai.....lepas PBS...dah start semula kuliah macam biasa tapi 1st week tuh lah terasa tersangatlah BZ BODY ok sebab minggu tuh kena anta asemen.....huh!!.......terima je.....hahaha even ponat badan den........(kesannya turun berat badan yang sangat2 susah nak naik semula nih..frust gilaa...) %)

OK!!..selesai anta asemen...now...TIME nak ciapkan report portfolio PBS n fail2 lain2...WOW!!..ni sangatlah mencabar.....nak dapatkan kerjasama dari dak2 kelas untuk handout2 presentation tuh bukan perkara mudah...sebab setiap orang ada PERANGAI nya tersendiri..TAPI syukur Alhamdulillah semuanya OK lah setakat ni....TIBA-TIBA....memang tak disangka ada satu hari tuh kan2...aku TERCEKIK TULANG AYAM..Fuhhhh!!!..macam tak percaya je kan.......memang seksa Tuhan je tahu!macam2 cara aku buat tapi agak susah jugak lah nak lepas tuh.....last2 aku tawakal je.....berdoa dan berserah semoga dipermudahkan TULANG EMAS tuh untuk bersemadi di dalam sanubaru ku....huh!!...haha.......Alhamdulillah satu KEAJAIBAN telah berlaku selama aku menahan kesakitan tuh tiba2 je TULANG EMAS tuh lepas dari tekak ku......Hilang segala kesakitan.......Syukur sangat!!.........TAPI ianya tak kan berakhir dengan semudah tuh....mungkin Tuhan nak uji lagi aku.........Terima dengan hati yang REDHA dan berfikiran positif bahawa ALLAH akan menguji hambaNYA yang mampu mengharunginya.......Kesakitan GIGI yang teramat lah sakit tuh tak dapat dibayangkan...ornag kata sakit yang TERAMAT sakit kat dunia adalah SAKIT GIGI n SAKIT ORANG PEREMPUAN NAK BERSALIN....tak tahu lah betul ke tak tapi yang SAKIT GIGI tuh memang betull...Terima kasih yang tak terhingga kepada sahabat2 ku yang membantu aku n gigi aku ni untuk sembuh....bukan main manja lagi GG nih....SABAR jela........(terima ujian dengan hati yang positif n jangan sesekali merungut...!!! )

OK..dah habis.........SEKIAN....

thanks 2 SAHABAT2 (mi2.k.ba.tt.anth )...
susu sayang korang semua......:)