Thursday, January 20, 2011

~Mencari Sinar Kebahagian~

Mengecapi kebahagian serta kejayaan menjadi impian setiap insan di dunia ini. Namun, adakah apa yang di impikan akan menjadi sebuah realiti atau hanya fantasi semata-mata? Dalam membina kebahagian terlalu sukar apatah lagi untuk mengecapinya tanpa usaha yang gigih. Manakala mencipta satu kejayaan dalam hidup memerlukan pengorbanan yang jitu serta kesedaran yang tinggi untuk mengecapinya. Tetapi adakah semudah itu ianya dapat dicapai dan digapai hanya sekadar berharap tanpa usaha? Untuk merealisasikan impian menjadi kenyataan adalah satu perkara yang memerlukan seorang insan itu berhadapan dengan pelbagai rintangan dan dugaan yang kadang kala menguji tahap kesabaran seseorang.

 Mungkin salah satu daripadanya dapat dicapai tetapi bagaimana yang satu lagi? Adakah ianya sukar seperti yang dijangkakan? Pelbagai persoalan timbul tatkala memikirkan dugaan yang akan dihadapi dalam memiliki kesemuanya. Yang berkata-kata tidak mungkin merasa apa yang terjadi dalam setiap kejadian yang telah ditentukan oleh-NYA tetapi merasa simpati terhadap perkara yang berlaku. Kadang-kadang untuk menerima kenyataan adalah terlalu sukar sekali terutamanya terhadap pengorbanan yang mungkin tepaksa dilakukan atas dasar ingin mengecapi hasrat hati. Hidup bagaikan pelangi yang muncul tatkala mentari bersinar manakala titsan hujan berhenti dan sinaran pelangi tidak selamanya kekal untuk tatapan semua tetapi hanya seketika. Begitu juga dengan kehidupan yang kadang kala kita dapat mengecapi kebahagian tetapi hanya seketika. 

Kehidupan yang di impikan bagaikan menaruh harapan pada kekasih hati yang berjaya memikat si gadisnya namun bagi insan lain yang punya harapan tetapi hanya seakan hancur ditelan bumi. Kebahagian yang ingin dikecapi hanyalah secebis kasih sayang yang memberikan kegembiraan di hati. ……

No comments:

Post a Comment