Monday, October 24, 2011

Tak semua orang tahu kan :(

Sumes kembali lagi untuk mengupdte belog yang usang ni, kadang-kadang terjengok dan kadang lantak lah kau. Ade aq kesah??

1st of all.....
Assalamualaikum w.b.t

Nak mulakan cerita pon dah tak tahu. OK, bermula dengan karnival h0ki lah sebelum cuti raya depavali ni.. Kunun-kunun main hoki lah kn, tapi Alhamdulillah berjaya juga membantu team Unit J. Menang jugak wei!!..HAHA..

Then, cuti....seminggu terasa lamanya la kan, tapi nak buat macam mana akan ku tempuh hari-hari seminggu tu dengan tenang.. cewah ayat xleh blah..

Sebenarnya, bukan apa...aq nk cakap pasal yang 1 ni ja..tak semua orang tahu!!..Nak orang tahu nanti takot dikata nak simpati. Tapi bukanlah bermaksud sampai macam tu. Ni sebab dah tak tahu nak story mory kat sapa dah. Haaa!!..ni nk kuaq loghat kedah dh!!..Geram!!

Sakit ni Tuhan ja tau. payah nak cerita kat orang terdekat pun belum tertanggung sakitnya. ni kan pulak aku...takpa2..better indpendent ok mek sue..

Terasa nak merawat segala sakit ni, tapi di sebabkan xdak ongkos apa pon tak jadi, dunia zaman sekarang semua guna duit kan.. So, konklusinya..tanggunglah sendiri. Ada ketikanya emosi tertanggu sebab tak tertahan n tertanggung sakit. Aq muda lagi tapi sakit pelik2, macam2...nak mengadu domba sapa ja yang boleh dengaq...kalau cerita, mesti orang cakap.."awat tak cakap awai2.."Tapi sedar ke tak dulunya ak dah cakap sampai orang tak mau dengaq!..So, mek sue, u kena kuat. Tanggung sendiri ok...InsyaAllah xdak apa2...


Friday, September 23, 2011

Tolonglah FAHAM aku!...

0k kembali lagi dgn update yang baru setelah sekian lama terkubur belog aku nih. Semua orang mesti tau kan manusia ni tak lari dari masalah. Tipu lah kalau manusia takde masalah aku respect gila ahh tabik springgg!!! aku bagi. hehe well same goes to me. i have a lot of problems..

Problem yang tak kan ade orang boleh faham. BTW klo sesape yang bergelar remaja tu maybe boleh faham..
Firstly,
  • KEPERLUAN
  • KEHENDAK
Sangat-sangat penting kat semua orang tambah-tambah lagi macam aku ni student. So, banyak la benda dan perkaranya aku nak. Aku faham yang tak boleh dan yang boleh bagi. Tapi aku cuma nak 1 je...TOLONG FAHAM AKU!...

Sekali pon cukuplah...

Sakit makan dalam tau tak kalau hidup ni umpama yatim piatu belum waktunya. Sorry sangat-sangat bukan bermaksud untuk memperlekeh atau memburukkan yang TERMULIA tapi aku jugak manusia ada yang TERSAYANG (jangan salah faham, bukan PAKWE or wteva ok..)

SEKIAN 

Friday, July 8, 2011

Diluah mati emak, ditelan mati bapak..:(

Assalamualaikum.....

huh!!....da lama rasanya tak membebel kat belog nih...Tapi bila sampai satu tahap dah rasa tak tahan nak tanggung sorang-sorang, di sinilah terluah segala yang tersirat...Hanya yang MAHA ESA tahu betapa beratnya menanggung perasaan diluah mati emak, ditelan mati bapak....

YA ALLAH..... Nak menafikan tanggungjawabnya sebelum ni tertunai jugak tapi kini seakan-akan separuh ditunaikan hingga terpaksa mencari jalan sendiri untuk hidup di perantauan. Bukan menidakkan apa yang diberi dan apa yang tidak diberi tetapi tuntutan kehendak perasaan inginkan perhatian, sokongan, belaian seperti yang lain terasa sangat sukar kini. Takut untuk mempersoal dan menyuarakan segala tuntutan yang tidak tertunai akan digelar DERHAKA...Sungguh aku terasa kehilangan walaupun masih di alam nyata. Mungkin doa dari jauh hanya mampu ku hulurkan supaya keadaan menjadi seperti sedia kala. Tuntutan kehendak manusia yang dahulu taksub kepada perkara yang membahayakan kehidupan anak cucu kini makin dirasai..KEJAM!!...Tak rela untuk meneruskan apa yang ditinggalkan ITU walaupun bukan aku yang mewarisi. Dan jangan yang mengetahui akan kebenarannya MENAFIKAN BENDA yang wujud seolah-olah tak wujud..!!...KEJAM2!!!!

YA ALLAH.....kuatkan aku di sini agar diberi kemudahan untuk meneruskan perjuangan. Maaf kepada yang ayah dan mak. Along tak mampu. Sakit sangat-sangat bila jadi macam ni. Ya betul kata orang, "Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan". Tapi segalanya melampaui batas sehingga orang yang salah TERPAKSA menanggung beban. Tiada bahagia yang dirasai malah keperitan yang menyusuli.TAK ADIL kan???.....MAAF..

Sunday, June 26, 2011

Neves3...dup dap dup dap.....

huh!!.....neves beb......debaran....

bukan debaran nak nikah ke ape....tapi ni debaran lain...

DEBARAN nak dapat result yang 1st untuk PISMP..FUH....takut kot....



Bila dengar result member dari maktab lain yang dapay 3.7lebih.....
cikit je katanye...ada lgi yang tinggi....

FUH....apa-apa pon kita tunggu je esok...
TERIMA DENGAN REDHA DENGAN APA YANG DIBERI....

INSYAALLAH.....

Saturday, May 21, 2011

9 Sebab Hubungan Tidak Mampu Bertahan

1. Menipu
Menipu adalah "pembunuh" utama dalam sebuah perhubungan. Ia umpama ledakan gunung berapi yang meletus hebat. Ada yang menipu untuk "menyelamatkan" sebuah perhubungan, namun mereka tidak mahu hati pasangan terluka. Sesetengah orang tidak dapat menerima bahawa hati mereka telah dipermainkan.

2. Harapan / Kebebasan
Ada pasangan meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada pasangannya malah mereka bergantung penuh kepada pasangan. Ada lelaki menyukai hal ini tetapi ada juga yang sebaliknya. Di sinilah timbulnya konflik yang mungkin menyebabkan hubungan terputus di tengah jalan. Ada pula lelaki yang inginkan kebebasan, tetapi dikongkong. Hal-hal beginilah membuatkan perhubungan tersekat.

3. Terlalu Memikirkan Aspek Perkahwinan
Perhubungan yang sihat biasanya berlangsung dalam suasana yang sangat harmonis. Ia perlu diisi dengan kasih sayang dan sikap saling memahami. Bila semua ini ada barulah perhubungan boleh sampai ke peringkat serius. Tapi sesetengah wanita, yang baru saja berkenalan terus saja mengharap akan ia berakhir dengan perkahwinan. Mereka takut jika perhubungan dijalinkan hanya sia-sia sahaja. Jadi kalau timbulnya konflik ini, perhubungan boleh menjadi putus.

4. Mengungkit Hal Yang Lalu
Menjadi kepantangan bagi sesetengah orang untuk mengungkit hal-hal yang lepas. Apatah lagi jika mengungkit akan kekasih lama. Belajarlah dari kesilapan, jangan mengungkit kisah lalu kalau anda sayangkan perhubungan.

5. Berbeza Pendapat
Dalam menjalin sebuah perhubungan, perbezaan pendapat memang sering terjadi. Kita mempunyai idea yang berbeza dengan pasangan dan hal-hal inilah yang membuatkan pasangan sering berbalah. Ada yang mempunyai cita-cita tetapi tidak dapat ditunaikan hanya kerana pasangan tidak mengizinkan. Itu adalah antara perkara yang boleh membantutkan sesebuah perhubungan.

6. Status Yang Tinggi
Ada sesetengah pasangan sangat gembira dengan perhubungan yang dijalinkan. Mereka sangat bahagia namun ada sesetengahnya begitu mementingkan status diri. Mereka memilih pasangan yang dirasakan sangat sesuai dengan diri mereka.

7. Hal-hal Yang Menyakitkan Hati
Ada perkara yang dibuat oleh pasangan memang menyakitkan hati. Malah sanggup melakukan hal-hal bodoh semata-mata mahu menyakiti hati orang lain. Jadi kalau inilah yang terjadi, hubungan anda pasti tidak akan bertahan lama.

8. Kehidupan Yang Sangat Mendesak
Ada sesetengah pasangan memang suka menyusahkan pasangannya. Mereka sering memberikan masalah dengan membuat pelbagai perkara hingga ia menyakiti hati pasangan. Kehidupan yang sangat terdesak ini adakalanya membuatkan perhubungan tidak berlangsung dengan baik.

9. Kawan-kawan dan Keluarga
Tidak mustahil, kawan-kawan dan keluarga juga boleh membuatkan sebuah perhubungan menjadi tidak stabil. Pengaruh dari kawan-kawan dan keluarga boleh mempengaruhi keputusan. Jangan salah sangka, orang yang anda sayang pun boleh terlepas dari tangan jika keluarganya tidak menyukai anda.

Tuesday, May 17, 2011

Antara 2....

Antara 2??

Macam-macam yang ada dalam kepala otak sumes nih..



Nak kata serabut tuh, tak lah sangat tapi diselubungi persoalan antara dua??

Nak mengeluh nanti tak baik untuk kesihatan pulak kan, so lebih mudahnya membebel di belog yang suram sesuram sumes nih. Susah jugak nak merungkai persoalan antara 2. Ada sesapa boleh tolong sumes?. Agak complicated jugak lah. Tapi tak tau nak rujuk kat sapa. Last2 nya, terpikir, apa-apa masalah ke persoalan ke kenapa kita perlu cari rujukan lain selain mendahului rujukan kita dengan Allah s.w.t? Kan lebih baik. Tapi hakikatnya kita manusia, sama jugak lah macam sumes.......Ya Allah, permudahkan apa yang bermain di pikiran sumes. Sesungguhanya hati ini tidak tenang apabila memikirkan suatu perkara ini yang melibatkan hati dan perasaan orang. Selalu ingat kata-kata seorang insan berbunyi "susah nak jaga hati orang sedangkan hati sendiri belum lagi terjaga kan.". Adakah pilihan terbaik di tangan kita?. Kata orang "kita hanya mampu merancangm Tuhan yang menentukan segalanya". Tapi kalau kita menafikan perancangan yang telah ditetapkan, adakah kita menolak takdir??..Takdir?. Lagi 1 hal yang bermain di fikiran sumes...

Runsing bila pikir, tetiba terlintas, terwujud, terbayang, terpaku, terkesima, terharu...Ahhhhh!!!..Banyak lah TER nye...Tapi...tapi...tapi....Susahlah nak cakap...Sumes dah try tanya pendapat rakan tetapi macan sedikit menentang, sumes tak nafikan pendapatnya adakalanya betul jugak, tapi hati ni selalu memberontak mengiakan apa yang dinafikan....Susah nak terima pendapat orang. Tetapi sedang berusaha untuk belajar menerima pendapat orang. InsyaAllah, Doakan sumes dapat merungkaikan persoalan antara 2 nih....

Kalau sesapa baca pon belum tentukan dapat tahu apa persoalan 2 kan....

Ikhtiar, Doa, Tawakal.
Rujuk pada-Nya jangan dilupa...
Segala kekusutan akan terlerai...
Istiqamah.....InsyaAllah..
Doakan Sumes...

Sunday, May 15, 2011

Semalat Berjuang...

Selamat Berjuang 




Malam Siang Berlalu

Gerhana Kesayuan
Tiada Berkesudahan
Detik Masa Berlalu
Tiada Berhenti Oh Syahdunya



Sejenak Kuterkenang

Hakikat Perjuangan
Penuh Onak Dan Cabaran
Bersama Teman-Teman
Harungi Kehidupan Oh Indahnya



Berat Rasanya Di Dalam Jiwa

Untuk Melangkah Meninggalkan Semua
Kasih Dan Cinta Yang Terbina
Ia Akan Selamanya



Selamat Berjuang Sahabatku

Semoga Allah Berkatimu
Kenangan Indah Bersamamu
Takkan Ku Biar Ia Berlalu
Berjuanglah Hingga Ke Akhirnya
Dan Ingatlah Semua Ikrar Kita



Hati Ini Sayu Mengenangkan

Sengsara Di Dalam Perjuangan
Jiwa Ku Merana Dan Meronta Mengharapkan
Kedamaian Dan Jua Ketenangan



Tetapi Ku Akur Pada Hakikat

Suka Dan Duka Dalam Perjuangan

Perlu Ketabahan Dan Kekuatan


*Kepada sahabat2 J2 selamat berjuang menempuh peperiksaan*
*Usaha, doa dan tawakal..InsyaALLAH,,,,:)*
*Kita semua harapan ibu dan ayah.......*
Keberkatan mereka sangat penting buat si anak...
selamat berjuang buat rakan2 di luar sana jugak......

Wednesday, May 11, 2011

Jamuan Teh j2!!..

Santai, Seronok, Gumbira...

dan 

Segalanya  bersama kamu semua....

Tetap di Hati Sumes...

Kitakan Keluarga. sahabat.....:)


1 family...kita bersahabat :)

Jejaka pemegang anugerah cekgu cekgi terpilih..TAHNIAH!!


Jejaka n si gadis J2....pemegang anugerah cekgu cekgi terbaik!!..TAHNIAH


datin mimi n puang sri basirah...hihi


Puan Anith, Puan Sri Basirah n Miss Athirah..hoho


Anith, Mimi...................Sumes..huhu


Mimi n Sumes..yahooo!!


My roomate + Clasmate  + bakal Housmate ..haha


Sumes n Pok jat....


Anak-anak mama J2





susu n nekkkkkkkkkkkk!!


Kami the Series.......Love u alll!!..muah3!!!

Thursday, May 5, 2011

Mungkin Tinggal Kenangan..

OK...

entry kali pasal kenangan selama 5 tahun bersama sumes

wawawawaaa!!!!

sedihnya bila cakap pasal kekasih hati sumes yang 1 nih...

kecian, tak sampai hati nak cari pengganti...kalau nak cari pon memang tak ready lagi.....tak ready dari segi segala-galanya....mental dan fizikal

Bukan senang nak cari pengganti dalam masa yang singkat nih...kalau hati tuh memang tak berkenan dan susah nak terima kenyataan terpaksa berpisah buat selama-lamanya..

Ish...!!

Memang dugaan paling berat nak hadapi buat masa, ketika dan saat nih...

Sedih tak terkata...kehilangan si DIA yang disayangi dan setia bersama selama 5 tahun lamanya,,,,lamakan....

Erm...sape lah sanggup dah bersama sampai 5 tahun tiba-tiba kena berpisah pulak kan...mesti sedih teramat...tambah-tambah sumes sendiri...

OH Makkk!!!...help me plezzz.....

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Mak!!!....Nokia 2610 nak berpisah dengan Along!!..........


Wednesday, May 4, 2011

Sentap Sumes..

!!Huh!!

Hati manusia memang tak boleh diduga

Sepatah

Senada

Seiring

Semuka

-
-
-
-
-
-
-
-
-

Sesentap hati bila terdengar

"Belajarlah menjaga perasaan orang sebagaimana DIA menjaga perasaan anda"


Thursday, April 28, 2011

Pengorbanan ayah...:(

........huhuhu......
Assalamualaikum w.b.t


Oke....nak tahu nih gambar sape??
Tentulah gambar ayah sumes, dulu, kini dan selamanya....

Tapi sumes sedih lah sekarang bila teringatkan ayah sumes...
bila sumes dapat tahu yang ayah bekerja semula hati sumes tersentap..
sumes tahu yang ayah belum betul-betul sihat..
tapi jauh di sudut hati ayah sumes mesti mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya...
Sumes sedih bila ayah sumes cakap "InsyaAllah ayah mampu buat".

Ya Allah.......sesungguhnya ayah sumes adalah orang yang paling terbaik dalam hidup sumes...
walaupun kerja yang tak berat tapi sumes sangat-sangat risau..
dan
kalau boleh sumes tak nak bagi ayah sumes kerja lagi...
bagi ayah betul-betul sihat dulu baru kerja..
tapi apakan daya sumes....
tabah n kuatnya hati ayah sumes mengatakan dia mampu melakukan yang terbaik demi anak-anaknya..

terharunya sumes dengar...
tak dapat sumes gambarkan dengan kata-kata tatkala luahan ni tertulis melainkan iringan air mata...

Ya Allah berikanlah kesejahteraan dan kesihatan tubuh badan yang sihat kepada ayah sumes yang tercinta..
sumes sayang ayah..:(

Wednesday, April 27, 2011

Sabarnya Hati mak....:(

Assalamualaikum w.b.t

ermm.....hari sadis sumes datang lagi...tak suke.tak suke.tak suke....

Nak tahu apa?

Pasal emak sumes......
ish!!..terharu sumes dengan kesabaran mak layan sumes n adik beradik semua.

Tapi kan...

sumes nih banyak sangat buat perangai..
Kecian mak.......sabar jer...
selalu pesan..."Along jaga diri baik-baik tau..."

Along memang jaga mak..along cakap ya,,,tapi kan bila masanya along ada perasaan tak puas hati tuh mak tanya pon along jawab "erm"...

Tapi mak still cakap dengan along ngan nada suara yang menyenangkan..
jahatnya along buat macam tuh kat mak..:(

Along mintak maap mak...
along tak sengaja....

Kadang-kadang ada bendanya along susah sangat nak share atau cakap dengan mak...
along tahu mak kecik hati dengan along tapi mak...
along betul-betul tak sengaja.....

Mak tetap sabar even along buat macam nih...
mak tetap bagi pesanan suruh jaga diri..
mat tetap gelak ketawa bila cakap dengan along yang macam nih...

Tapi along??
Astagfirullahalazim....
Along rasa berdosa makk.....:(

:(...


Tuesday, April 26, 2011

-1001 perangai dan ragam manusia-

Selamat malam semuaa....

malam ni cik sumes nak cakap pasal 1oo1 perangai dan ragam manusia ni yang tidak boleh diramal dan dirancang

Susahkan.....nak tahu macam mana perangai sorang-sorang, ragamnya lagi.....Subhanallah!!....cik sumes berada di antara orang yang dilema tentang 1001 perangai dan ragam manusia ......

Tak nak cerita terlalu detail tapi CUKUPLAH sekali terkena/dikenakan/...apa-apa yang seangkatan dengannya seterusnya melibatkan hati dan perasaan!..Tu yang paling sakit bila kita je yang PERLU n PATUT jaga n tahu perasaan ORANG BERKENAAN macam mana, bila, kenapa, kenn n bla2......tu lah kan kita ni kena pikir pulak semua-semua perasaan tu untuk MEREKA-MEREKA semata-mata untuk menjaga hati dan perasaan MEREKA. Sedangkan adakah MEREKA tahu tentang perasaan kita pada masa tu??..Tak kan??....

Ish!!.....perasaan tu pulak pelbagai!!>...yang c.sumes nak cerita bagi nih!!...pasal perasaan terkilan yang amat!!....Astagfirullahalazim........istighfar bebanyak....bukan niat c.sumes nak besar-besarkan dan buruk-burukan mana-mana pihak pon,,tapi sebagai pengajaran dan INGATAN!!......"kalau nak cakap tuh biarlah kena pada tempat/masa/cara dan seangkatan denganya".....tapi tu lah...

*cerita ni sebagai 1 pengajaran oke.*

(ada 1 masa tu baru je lepas azan magrib...kira-kira c.sumes nak solat magrib dah nih. dah ciap angkat takbir lagi dah,tetiba ada meseg..."yang perlu menghantar barang yang dipinjam tuh dengan segera"...bukan apa,, kalau telinga nih dengar meseg telepon, tak tengok kang ada meseg penting susah pulak, so untuk menenangkan solat tu c.sumes pon tengok dulu meseg tuh...Al-kisahnya........memang SENTAP abislah!!....arahan bagaikan c.sumes nih pesalah.....YA ALLAH...."time-time magrib ni DIA tak pikir ke c.sumes nak solat ke ape??..bukan sengaja atau niat nak melambatkan/nak pegang harta orang ni lama-lama...")..

Tapi!!.....SENTAP c.sumes time tuh memang tak terkata lah...!!!..
prinsip c.sumes CUKUP SEKALI buat even boleh maap tapi jauh di sudut hati masih tercalit KESENTAPAN tuh...OKE...bukan berniat berdemdam tapi tu diri c.sumes...InsyaAllah akan berubah, masa menentukan segalanya...

"Bukan senang nak jaga hati orang sedangkan hati kita sendiri terluka"


Monday, April 25, 2011

Kehadapan my future hubby

@..wow kedebabom!!!.....tajuk pon dah buat orang terkujatkan........tadi mase tengah2 blogwalking nih sumes jumpa la cerita nih..bila baca fuhh!!..best nya..so share la tuk sesape yang nak baca,,,,jom2.....surat nih boleh ditulis @ sebagai panduan kita untuk MY FUTURE HUSBAND @


Kehadapan my future hubby (tiada 'ies' di belakangnyer).

I menulis article ini kerana sifat suka menjawab i lepas mentengok surat cinta utk future wife(s) yg dah tersebar kat facebook. Lagipun mmg dah lama I nak menulis ni tapi malu2 kucing gitu. So, sila baca entri ni bersungguh-sungguh dan semat dalam ingatan u supaya u tau bukan kaum bapa saja yg nak wife hebat, dan betapa lasernya mulut I kalau kita ada jodoh nanti (maklumla, u kan kene jaga I sampai akhirat?).

So, wahai my future hubby (tiada 'ies' di belakangnyer).

I tak tau siapa u b, sbb I takder ilmu meramal masa depan. Tapi I yakin Allah dah readykan u for me. Tapi nanti bila kita jumpa, I harap u terimalah seadanya I, sepertimana I akan terima diri u seadanya u. Lagipun, I tau yang u mmg Allah bagi jadik sesempurna manusia kat hati I. Dan baik. Dan rajin. Dan alim. Dan of kos hensem kat mata I. Sebab tu Dia readykan u utk I kan? =)

I harap bila I membrowse2 facebook dan membuat kerja2 blogwalking nanti, xla I terjumpa gambar u yg macam2 rupa. Sebab setau I, lelaki2 bila perasan dia hensem (yg x hensem pun sama jugak), mesti nak war2kan rupa dia kat satu dunia. Macamla dia sorang yg mcm da'bomb. I vavavoommmm jugak, tapi xderla pulak I letak gmbr kat facebook nak tunjuk kat seluruh dunia. Sebab I rs tak perlu pujian org. Allah dah jadikan I vavavoommm dengan cara yg tersendiri. Jadi I tidak memerlukan pujian manusia. Cuba u baca ni jap, b : "Al-Miqdad bin al-Aswad berkata Rasulullah SAW memerintahkan kami supaya menabur pasir ke muka orang yang suka memuji diri. (Hadis riwayat Muslim)". So jaga2 taw suka mintak puji dan kene puji ni...

Jadi, gambar u yg pakai rantai ke, tgh shisha sampai 8 paip ke, tgh di kelilingi ppuan pelbagai gaya ke apa ke, tgh shuffle2 ke, tgh terloncat2 dlm gig ke apa ke, baikla u delete je. I xnk org mengumpat bakal suami I yg Allah dah pilih utk I ni. Dosa u pun dah banyak b... Diorang mengumpat pun sbb u yang mengundang. U share dosa taw, b! Nanti lepas kawin u nak jaga I dengan anak2 lagi. Dosa kami pun nnt u kene tempias sikit2. Kesian taw kat u. Baik u cuba kurang2kan sket dosa kecik2 u tu.

Lagipun u tau kan, bakal mak ngan ayah mertua mana pun dalam dunia ni mesti tak berkenan ngan lelaki yg nampak mcm tak peduli agama langsung dan xleh bimbing anak diorang =).

My future hubby (tiada 'ies' di belakangnyer),

I tak tau pasal masa depan kita. I tak tau berapa banyak duit yg u akan ada, sebab mcm I cakap mula2 tadi yg I ni xder ilmu meramal masa depan. So, dengan kata lain, I tau mungkin u tak akan mampu kasik umah 10 tingkat kat i (walaupun I rs umah 10 tingkat tu u mampu nak bg sebab Flat DBKL pun 20 tingkat). I tau mungkin u pun x mampu nak kasik I 10 emas intan berlian. I tak kisah sbnrnya kalau u takder harta. U tau tak kenapa? Sebab harta2 ni semua kita guna kat dunia je. Bila u mati nanti kan, b... U bawak amalan u je. I dgn anak2 semua u akan tinggalkan smpi kita jumpa balik akhirat nanti. Apa sedekah jariah yg u dah buat ms kat dunia dgn ikhlas, ilmu2 bermanfaat yg u ada dengan doa anak2 yg soleh. Maknanya kan b, baik u jgn ajar2 sgt I dengan anak2 kita gila dunia. Baik u ajar kami ni dengan agama dan iman. Kita sederhana dahla ya? Rs mcm tak perlu kot u nak beli BMW 7-series ngan TV 100inci sekali dgn surround sound system yg slalu kuar lagu2 haram tapi x pernah kuar alunan ayat Al-Quran.

Bila kita ada umah nanti, I harap u bagila I bekerja. Sebab I tau, walaupun menyediakan kelengkapan dan keperluan hidup tu mmg tugas u, tapi tak salah rsnya I membantu selagi tak berlawanan dengan syariat. Maklumla ya b, I xnk menyusahkan hati u sampai nak beli kicap masa I lalu kat kedai pun kene tipon u mintak u bank-in duit. Cuba u baca ni jap, b : " Abdur Rahman bin Auf meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: Seorang yang membuat susah kepada suaminya dalam hal belanja atau membebani sesuatu yang suaminya tidak mampu maka Allah tidak akan menerima amalannya yang wajib dan sunatnya.” See, b? Kesian kat I. Kalau I diberi peluang usaha duit sendiri sikit2 pun, InshaAllah I tak merapu2 nanges guling2 mintak itu ini kat u. Kang sia2 semua amalan I. U tak kesian kat I ke b? Kita nanti kan kene saling bantu membantu...



Tapi kalau u nak jugak suruh I duk umah jaga u dan anak2 je, maka I akan sedaya upaya redha lah dan tutup mulut I dr mintak2 kat u. Tapi u janganla sampai kasut I dah luruh tapak pun x belikan yang baru ye? Nanti I nangis luka kaki, u jugak yg pening.

Tapi walaupun I redha dengan rezeki yg Allah bagi kat kita nanti, jangan pulak u rembat duit maskawin atau cincin hadiah kawin yg u sarung kat I masa menikah tu, Tu dah jd hak I. Bahagian I yg Allah tentukan. Berdosa taw u amik! Kalau xder duit sgt, nanti I blaja buat kuih and jual nasik lemak ya? U pegila buat part time drive teksi malam2. Takper, rezeki kita Allah dah tentukan. kene yakin Lailahaillallah aje.

Pastu kan b, kalau u rs nak tambah org umah lagi 1,2,3 org sebab u nak ringankan beban menguruskan umah, InshaAllah I bg. Memang u suami perihatin. patutla Allah nak jodohkan I ngan u kan b? Tapi kan b, u kenela ajar i grip agama dulu. Kalau u tak ajar I grip agama dan dahulukan Allah, takut2 nanti kepala bini2 u yg lain tu yg i grip, terguling2 atas tanah berebut perhatian u. Laaaaa....nampak sgt u takleh ajar 1 org umah. Camana u nak ajar 2,3,4? U jangan tamak taw b... Tuhan marah taw... Poligami ni utk yg mampu memikul amanah, tanggungjawab dan keadilan saja. Kalau kasut I yg dah luruh tapak tu pun u xleh ganti, cmanala u nak kasik kasut kat bini2 yg lain? Berselipar jamban aje pulak nanti kami ni semua. Tapi alhamdulillah la jugak. Ada jugak rezeki kan?

Hmmm...u tau x? I ni bukannya seorang yg lemah lembik dan akan ikut semua kata2 u. U fahamla ya b? I ni manusia lemah. Sebab akal I lg 9 ada kat u. Rusuk I pun I pinjam daripada u. Dah fitrah ppuan mmg memerlukan bimbingan. Lainla kalau I ni jenis mcm Waliullah Rabiatul Adawiyah ngan Siti Maryam. Ala, u pun bukannya mcm para sahabat. So kita ni kira fair and squarelah yer? jodoh Allah bg kan sesuai ngan diri masing2... =). Kalau bergaduh ke apa ke, I harap u sabarla banyak. Janganla laser je mulut u nak mencerai2 I sebab perangai I yg degil ni. Sbb tu I kata, ajarla I guna agama. I ni bukan anak kura2 taw. Bila u xmo kang u tinggalkan kat paya. Ehhhh no no no. U bayar maskawin I rm80 ngan sebentuk cincin (or seutas gelang or seutas rantai tu), terikat sampai akhirat taw...

I ni sangat2lah mengharapkan u ni bersifat tegas dalam lembut pd I and anak2 kita nnt. U kan imam, makmum mesti nak follow. Kalau imam salah baca, makmum terus jd blur.

My future hubby (tiada 'ies' di belakangnyer)

I tau mesti u mengidamkan sorang isteri yang reti masak, mengemas dan bleh menjahit. Sikit2 pun xper asal jangan jahil langsung. Btul tak? Kan? Kan? Utk pengetahuan u, I mmg tgh cuba nak memperkayakan ilmu rumahtangga sementara tunggu Allah jodohkan I ngan u. Tapi kan b, u pun kene la blaja memasak, mengemas dan menjahit sket2. Nanti kang kalau I duk kat spital masa lahirkan anak yg berikut2nya cmana? Kang kesian u lapar ngan anak sulung kita kat umah. Nanti sian i susah hati kat spital pikir suami ngan anak kesayangan I apala ceritanya kat umah. Dah penat bertarung nyawa nak lahirkan anak u, lagi mau nangis plak pikir umah cmana. Kesian I kan?

Lagipun kalau I penat ke demam ke, bleh jugak u tlg2 sket2. U mesti xnak kan dalam hati I ni membanding2 u ngan suami jiran sebelah yg rajin tlg bini buat keje umah? Telan air liur je I nanti. U tak kesian ke? Takkan u nak duduk je memboroikan diri tgk bola kat Astro kot? Kang dah tak macho, I tgk lelaki u marah plak. I pun berdosa. Anak2 pun nanti xder contoh ayah mithali. Kang diorang mintak I cari ayah lain cmana? Bahaya tu b.

I harap u jagala diri u sebelum jumpa I. Kayakan diri u dengan iman dan taqwa sebab nanti U nak jaga I ngan anak2. Kalau driver tak tau jalan, penumpang semua habis sesat. Takper, I paham kalau u penah kapel2 sebelum ni. Atau u pernah jadi jahat sebelum u jadi baik. Sebab I pun bukan baik sgt. Baru nak belajar2 beriman. Allah syg org2 yg bertaubat dan belajar mengenal Dia ni b. Kene kenal tuhan dlu sebelum kenal I, supaya I pun dulukan Allah drpd u. I xnkla nanti I syg u sebab u. I nak syg u sebab Allah. Allah tau manusia ni lemah, b. Iman naik turun mcm rollercoaster. Cuma nanti kita usahala sama2 ye nak membahagiakan sama sendiri dan kita sama2 menyenangkan 'hati' Allah. Jodoh kita pun Dia yg bagi. Jadi, xkan kita xnk bersyukur ye tak?

Lagi satu, I harap lepas kawin, u pegila keluar ikut org buat usaha agama sikit2. Kalau tanggungjawab kat umah u dah settlekan, tak salah u keluar ajak org lain pun jadi mcm u. Takkan u nak masuk syurga sorang2 kot kan b? Nanti boring pulak xder kawan. I akan belajar fahamla kalau u nak follow Jemaah Tabligh keluar 3 hari, 7 hari, 10 hari, 40 hari, 4 bulan. Kalau u nak pegi kempen2 Kem Ibadat ke apa ke, xper b. I akan doakan u, InshaAllah. Nanti kita ikutla budi bicara rumahtangga ya? Mcm I katala. Kalau u ajar i dahulukan agama, InshaAllah Allah akan bg I fhm kewajipan u kene keluar berdakwah dan mengenal diri u. Kalau u tak kenal diri u, cmana I ngan anak2 nak kenal u? Absence makes the heart grows fonder. InshaAllah I akan cuba jadi isteri solehah utk u, jaga diri elok2 skalik masa u takder.

Akhir kata daripada I, bila kita jumpa dan menikah nanti, I masak, u makan jangan komplen2 banyak. Syukur rezeki yg ada. U imam, I makmum. U baca doa, I aminkan. I merajuk, u pujuk. Perfect kan? So u doa banyak2 supaya Allah jumpakan kita ya? I malu nak pergi cari2 U. Malu kan pakaian wanita? U pun sure xnak I terhegeh2 pampang muka nak cari u kan? Jodoh tu kan rahsia Allah? Kat sana ajelah kita doa ya?


Wassalamu'alaikum warohmatullahi wabarokatuh.



Yang benar,

Bakal Isterimu Si Mulut Laser

Ego Aset Penting Lelaki!!

OKEH!!...jom kita kenali lelaki..
jeng3!!!..




Kata orang, ego itu amat penting bagi lelaki. Malah, ada juga yang menganggap ia sebagai suatu aset pelengkap diri Antaran itu, tidak hairanlah  kalau  sebut  sahaja ego, serta-merta muncullah   wajah   mana-mana lelaki di fikiran. Namun, bukan semua lelaki mempunyai ego yang sama. Ada antaranya yang  begitu  ego  di  tempat kerja, apatah lagi kalau dia berpangkat  besar.  Tetapi, apabila  berada  di  rumah ataupun di samping keluarga, tidak pula kelihatan ketara egonya.

Menurut     kaunselor berdaftar,Hushim Salleh,  setiap  individu memiliki   egonya   sendiri sama ada dia lelaki ataupun     perempuan.Walau    bagaimanapun, darjah keegoannya sudah tentu  berbeza-beza  antara satu sama lain. Kata beliau lagi,  konsep ego sebenarnya  melibatkan  keyakinan dan jati diri seseorang. Lazimnya  apabila  seseorang  lelaki itu  mempunyai  sifat  tersebut, dia  akan  berasa  dirinya  melebihi  orang  lain.  Selain  itu,  dia juga acap kali merasakan bahawa individu lain tidak selari dengan pendapat    dan    pemikirannya. Lantas situasi ini mendorongnya untuk banyak  membantah  dan menentang.

“Selalunya  orang  yang  ego ini,  dia  mempunyai  sifat  agresif yang lebih tinggi daripada orang lain.  Dia  selalu  sahaja hendak menang.  Apabila  dia  pandang orang, selalunya dia hendak pandang  dirinya lebih tinggi daripada  mereka,”  terang Hushim. Ego    lelaki    biasanya    akan menjadi lebih ketara apabila dia  berhadapan dengan wanita. Umumnya keegoan tersebut tercetus kerana   lelaki   sentiasa   berfikir yang  mereka  lebih  tinggi,  hebat, berkuasa dan kuat berbanding  wanita.  Lantaran  itu,  bagi  mereka, wanita mesti mendengar dan menurut kata-kata mereka.

“Lelaki    biasanya    mengatakan dialah pemimpin dan ketua terutamanya   kepada golongan perempuan.  Inilah  yang  membentuk ego. Memandangkan dia   menganggap   lelaki sebagai  pemimpin  dan ketua,   jadi   apa   sahaja  yang  dia  buat mesti   lebih   daripada perempuan. Pada masa inilah dia cenderung untuk menunjukkan kekuatannya,” ulas beliau. Meskipun begitu, akui beliau, kehadiran ego juga sebenarnya cukup penting  dalam  diri  kalangan  lelaki bergelar pemimpin.

Kata orang, ego itu amat penting bagi lelaki. Malah, ada juga yang menganggap ia sebagai suatu aset pelengkap diri. Antaran itu, tidak hairanlah  kalau  sebut  sahaja ego, serta-merta muncullah  wajah   mana-mana lelaki di fikiran. Namun, bukan semua lelaki mempunyai ego yang sama. Ada antaranya yang  begitu  ego  di  tempat kerja, apatah lagi kalau dia berpangkat  besar.  Tetapi, apabila  berada  di  rumah ataupun di samping keluarga, tidak pula kelihatan ketara egonya. Menurut kaunselor berdaftar,Hushim Salleh,  setiap  individu memiliki egonya sendiri sama ada dia lelaki ataupun perempuan.

Walau bagaimanapun, darjah keegoannya sudah tentu  berbeza-beza  antara satu sama lain. Kata beliau lagi,  konsep ego sebenarnya  melibatkan  keyakinan dan jati diri seseorang. Lazimnya  apabila  seseorang  lelaki itu  mempunyai  sifat  tersebut, dia  akan  berasa  dirinya  melebihi  orang  lain.  Selain  itu,  dia juga acap kali merasakan bahawa individu lain tidak selari dengan pendapat    dan    pemikirannya. Lantas situasi ini mendorongnya untuk  banyak membantah  dan menentang. “Selalunya  orang  yang  ego ini,  dia  mempunyai  sifat  agresif yang lebih tinggi daripada orang lain.

Dia  selalu  sahaja hendak menang.  Apabila  dia  pandang orang, selalunya dia hendak pandang dirinya lebih tinggi daripada  mereka,”  terang Hushim.  Ego    lelaki    biasanya    akan menjadi lebih ketara apabila dia  berhadapan dengan wanita. Umumnya keegoan tersebut tercetus kerana   lelaki sentiasa   berfikir yang  mereka  lebih  tinggi,  hebat, berkuasa dan kuat berbanding  wanita. Lantaran  itu,  bagi  mereka, wanita mesti mendengar dan menurut kata-kata mereka. “Lelaki   biasanya    mengatakan dialah pemimpin dan ketua terutamanya   kepada   golongan perempuan.  Inilah  yang  membentuk ego. Memandangkan dia   menganggap   lelaki sebagai  pemimpin  dan ketua,   jadi   apa   sahaja  yang  dia  buat mesti   lebih   daripada perempuan. Pada masa inilah dia cenderung untuk menunjukkan kekuatannya,” ulas beliau. Meskipun begitu, akui beliau, kehadiran ego juga sebenarnya cukup penting  dalam  diri  kalangan  lelaki bergelar pemimpin.