Thursday, January 20, 2011

~Ikhlas, yakin dan percaya~

**Keikhlasan bermula dari hati yang suci murni di hiasai kesopanan diri, keyakinan diiringgi dengan kejujuran dan kepercayaan di sambut dengan kebahagian**


(jadilah seperti mereka yang riang gembira meniti hari bahagia bersama..:))


Ikhlas, yakin dan percaya itulah kunci utama dalam melakukan sesuatu perkara yang ingin kita lakukan. Namun saya akui untuk memiliki sifat ikhlas , yakin dan percaya, banyak perkara yang perlu kita tempuhi. Untuk memilki ketiga-tiga sifat ini, memerlukan kita bekerja keras untuk mencapainya.

Sebagai seorang muslim, sudah tentu sifat ikhlas, yakin dan percaya kita yang utama hanya untuk ALLAH. Kerana itulah dalam apa jua yang kita lakukan hendaklah diniatkan segalanya kerana ALLAH. Malahan dalam kebanyakan ibadat yang kita lakukan perlu diniat segalanya adalah ikhlas kerana ALLAH.

Namun begitu adakah kita benar-benar ikhlas. Andaikan soal kerja, terdapat individu yang berkata, aku bekerja ikhlas kerana ALLAH. Tetapi apabila gaji dibayar lewat dari kebiasaan, fikiran tidak lagi tenang, emosi tidak lagi dapat di kawal. Jika kita berada di dalam keadaan seperti itu, adakah ianya dinamakan ikhlas?. Bercakap itu sememangnya mudah.

Jadi bagaimana untuk mewujudkan sifat yang ikhlas, yakin dan percaya ini?. Adakah ianya terlalu sukar?

Lihat saja apa yang berlaku terhadap pasangan yang bercinta ? mereka boleh bercakap berjam - jam tanpa rasa jemu dan penat, Mengapa mereka sanggup bergayut berjam-jam seperti itu, kerana segala apa yang dilakukan dengan penuh ikhlas tanpa terpaksa atau dipaksa dan rasa ikhlas itu wujud kerana adanya kepercayaan dan yakin terhadap pasangan .

Tetapi bagaimana jika tiada rasa cinta ? boleh bercakap lama,sampai berjam - jam?. Anda percaya, yakin dan ikhlas terhadap pasangan Anda, kerana wujudnya perasaan cinta Anda terhadap pasangan Anda. Jadi bagaimana untuk kita benar-benar ikhlas, yakin dan percaya dengan kekuatan dan kekuasaan ALLAH?. Sudah tentu perlu adanya rasa cinta kita kepada ALLAH.

Namun begitu, bagaimana pula untuk kita mewujudkan perasaan cinta ?Ku tinggalkan persoalan ini untuk kita sama-sama fikir dan renung-renungkan............Senym selalu dan selamat beramal...:)


(sue!!....cuba belajar senyum ok!!...)



No comments:

Post a Comment