Monday, January 10, 2011

~hepy + risau + sedih + riang = heriseri.~

~Cik Risau vs Cik Sedih~
Perjalanan minggu ke-2 aku dimulakan dengan niat yang baik tulus ikhlas pergi kuliah nak belajar. Semangat tuh dah ada dah tapi tak tahulah setakat mana yang mampu, harap-harap berterusanlah. Bukan senang nak bagi nasihat untuk diri sendiri kalau tak diiringi dengan sokongan kengkawan kat maktab dan family. Hah!.. Sebut saja pasal family nih aku agak terkilan. Dah jarang sangat aku dengar my parent bagi kata semangat macam dulu yang beria-ia kengkawan sampaikan aku sendiri terharu dan menitiskan air mata,,,hehe....Mungkin ini semua sudah takdir yang telah ditentukan oleh-NYA. Kita sebagai makhluknya hendaklah berusaha dan berdoa semoga ujian yang didatanginya dipermudahkan berkat dengan usaha dan keazaman dalam diri sendiri tuh yang penting. Fuh!..Panjang lebar aku bagi nasihat tuk diri sendiri. Bukan apa, aku nih jenis susah nak terima kenyataan sikit dalam hidup dan agak bersifat pendiam. Kalau sekali orang buat "taik" kat aku 10x aku bagi. Kenyataan yang aku maksudkan tuh pasal family aku jugak sebenarnya. Tapi bila dipikir-pikir semulakan apa yang terjadi kat "ayah" mungkin salah satu bentuk ujian dari-NYA. YA ALLAH!!!... Teramatlah susah untuk mengubatinya. Hanya yang mengalaminya sahaja tahu. Begitu tabah juga hati seorang insan yang bergelar seorang ibu kepada aku merangkap isteri kepada ayahku tercinta untuk menghadapi segala ujian yang diberikan yang banyak menguji tahap kesabaran seseorang insan. Aku BANGGA ada mak macam tuh. Sayang MAK sangat-sangat. Diri ini terus mengharapkan kesejahteraan dan kebahagian mak dan ayah untuk menempuh segala pahit getir kehidupan nih. Walaupun kerisauan ini sering kali bertandang di sudut hati aku nih, aku tetap inginkan COOL (hehe......) dan kuatkan semangat untuk terus melalui kehidupan yang seterusnya.

~Cik Hepy Cik Riang~
Cerita tentang hepy pulak!....Nak tahu kenapa??Sebab tiap-tiap mulai 2011 aku dah semakin rajin turun main badminton..hahaha...at least keluar jugak peluh kan daripada terperap je kat bilik tuh. Bilik pun dah agak muak tengok aku kan....tuh yang aku rasa lah....Mungkin sama jugak ngan kengkawan aku. KAMI THE SERIES memang selalu bersama ke mana saja pergi ke buat ke,,,,apa-apa jelah.....haha........Nak tahu siapa KAMI THE SERIES tuh nantikan kemunculan episod KAMI akan datang mungkin esok, lusa, dan seterusnya.....(klu sikit ok...kami ber5!!!)

~SEKIAN~

No comments:

Post a Comment