Sunday, February 27, 2011

Cukup Sekali..

Assalamualaikum w.b.t

Kata orang sekeras kerak nasi akan lembut jugak kalau disirami air kan...Tapi dah jadi sebaliknya bagi aku. Penat kan nak menjaga hati orang, lagi penat kalau kita saja yang kena bersiap sedia berhadapan dengan segala macam dugaan dan rintangan yang belum diketahui usulnya. Ketidakadilan kan..Tapi fitrah manusia kita kenal yang mana kawan dan yang mana lawan. Tapi bagi aku cukuplah sekali saja. Mungkin selepas ni segalanya akan berubah. Biarlah dikatakan orang berkepentingan asalkan tidak kita lukai hati sendiri. Jaga hati sendiri adalah lebih baik daripada menjaga hati sebab kita tak tahu lagi sejauh mana dia boleh menjaga hati kita. Berkepentingan untuk diri sendiri. Tak perlu takut untuk mengatakan tidak untuk kepentingan diri sendiri. Tak perlu jugak "terhegeh-hegeh" bagaikan menagih simpati. Terasa diri dihina. Sememangnya manusia dilahirkan tidak sempurna tetapi tidak salah untuk memperbaikinya. Jangan hanya kerana ego semuanya membatasi keputusan yang bakal diambil. Cukup-cukuplah sekali. Cuba untuk tidak membuat sesuatu berlandaskan emosi sebab bila emosi menguasai diri segalanya dinafikan, meletakkan segala kesalahan dibahu orang.. Adakah itu adil? Hidup ni kalau nak semuanya adil baik tak payah hidup. Menyusahkan orang kan tapi...tapi.......buat apa Tuhan bagi kita dugaan pada orang yang terpilih kalau dia tak mampu menanganinya kan. So adillah mengikut situasi. Sekarang mungkin ego dan emosi menguasai diri aku dan bila aku cakap cukuplah sekali saja maknanya semuanya akan berubah tanpa dipinta. Mungkin aku jugak tak nak tapi apa kan daya "luaran lembut, hatinya keras". So fahamlah disitu, Lagi satu ini blog aku so apa saja yang aku nak tulis tuh aku punya pasal, aku punya hal..Kalau rasa tak nak baca jangan baca. Aku tak kisah...tq......Sory kawan, cukuplah sekali..maaf boleh dipinta dan dimaafkan tapi terkesan dihati..Pengalaman mematangkan kita, memberi pengajaran untuk lebih matang so jadikanlah ianya panduan bukan sempadan. Aku tak mampu mengungkapkan kata maaf biar pun ianya persis kanak-kanak yang tidak matang fikirannya berantakan hal yang tidak serupa bikin ni kata orang tapi untuk bagi pengajaran tidak salah kan. Dihati kata maaf hanya mampu diungkap biar kalian tidak mendengarnya mungkin untuk kali terakhir. Maafkan aku kawan. Mungkin aku yang salah tetapi percayalah sayang antara kawan tidak akan pernah padam andai kata kita mampu menjaga hatinya sebagaimana kita menjaga hati kekasih kita. Peringatan untuk diri sendiri yang terlalu banyak kelemahan........tq..

Saturday, February 26, 2011

Hati Ini Menangis Lagi..

Assalamualaikum w.b.t
Hati ini menangis lagi buat kedua kalinya hanya disebabkan satu perkara yang kecil. Ya Allah,, aku sangat lemah untuk menepis semua ni. Kenapa semua ni jadi kat aku?Bukan orang lain. Aku dah penat menangis...Terlalu menjaga perasaan orang lain sedangkan hati sendiri tiada siapa tahu. Hati terguris, menangis sendirian, terluka dan berduka tiada jugak siapa yang tahu. Menangis??Samapai bila Sue??!!!Cukup-cukuplah!!...Tak kan tak penah serik lagi....Cuba jaga hati tuh sendiri, cuba berkepentingan sikit untuk diri sendiri....Ya Allah, bagi lah aku kekuatan untuk hadapi semua nih...Aku tak mampu untuk berkata-kata melainkan air mata yang hanya mampu aku zahirkan...Sungguh terasa diri ini bodoh sangat. terlalu banyak kelemahan..terlalu banyak penghinaan yang diterima tapi kenapa selama ni boleh ditolak tepi jer?Kenapa baru sekarang meraung???Cukuplah diri tuh terasa terhina, kerdil, serba kekurangan, tak mampu bahagiakan orang lain....Cukuplah sekali saja..!!!............Sue!!!....Tak mampu untuk menzahirkan dengan perkataan melainkan linangan air mata yang memberi 1001 pengertian pada yang memahami.. Cuba larikan diri??Tak kan kemana!!..Jangan jadi bodoh macam dah pernah diperbodohkan.....!!!.....Terhina?....Jadikan sebagai panduan...Semua insan yang dilahirkan tak sempurna yang dijanjikan. Ada kekurangan dan kelebihan. Moga dugaan kali ini membuatkan aku lebih tabah!!...InsyaALLAH...

~Mak Ayah, Along rindu nak cakap, nak dengar suara...tapi tak dapat.....~
~Along kuat kan mak..kan ayah...~
~Along nak jadi macam ayah, ayah kuat kan mak,,,,,~
~Along rindukan semua~
~Along nak jadi macam ayah yang kuat n mamou hadapi semua dugaan bersama mak begitu jugak Along kat cini tanpa mak ayah....n Along nak jadi macam mak jugak, tabah dan sabar menjaga ayah.....Along sayang semua!!!~

#Along!!...Jadilah seorang wanita yang lembut pada luarannya tapi keras pada hatinya..#

Friday, February 25, 2011

Rahsia Hati Siapa Tahu..

Assalamualaikum w.b.t
Kepenatan masih terasa walaupun terasa rehat dah cukup tapi ada something yang buat aku sadis sangat2..Baru hari ni terasa kesadisan tuh..Macam tajuk ni jugak "Rahsia Hati Siapa Tahu", tuh lah yang aku rasa sekarang.Tak tahu nak cerita kat sape2 sebab aku akan dipersalahkan (kenapa cari masalah lah, kenapa bijak sangat macam tuh, kenapa gitu, kenapa gini,,,dan kenapa)Susahnya nak cakap!!!!!!!!!!!!!! Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
Dulu ditinggalkan, kemudian meninggalkan dan ditinggalkan kembali....pilu sangat hati nih!...orang yang disayangi tinggalkan kita, orang menyayangi pun tinggalkan kita,,,sungguh aku tak pandai menghargai orang yang sayang atau menyayangi! Bila ego menguasai diri semuanya di nafikan, ditolak tepi, melarikan diri mungkin selsesai masalah tapi tidak, sekarang terkenang, terngiang2......
Susah memaafkan orang yang menyebabkan orang seterusnya dipersiakan dan tak mungkin semuanya akan menjadi kenyataan seperti dulu lagi
Tapi kenapa masih diingat yang dah pergi?! 
Kenapa terlalu mengharap pada yang tak sudi?
Tinggalkan pada yang menanti?
Adilkah?
Akhirnya semua tuh hanya mimpi dan tak kan mungkin jadi kenyataan bila semua yang diharap dan mengharap kembali pada pilihan sendiri..
Sungguh sekarang baru aku terasa jahatnya aku..
Terlalu mengharap untuk suatu yang tak kan menjadi milik kita buat selamanya..
Hati bagaikan mengerti bila titisan air mata berlinangan...
Mungkin betul jugak orang kata.."kita mungkin akan berjumpa dengan orang yang salah dulu kemudian barulah disebaliknya"..
Cinta yang tulus hanyalah pada yang maha esa,,so..kembalilah pada yang benar,,!!
Aku boleh!!..
Sekarang mungkin bukan masanya lagi untuk semua tuh. mungkin suatu percubaan yang mendatangkan 1001 pengajaran dan kenangan manis..
Hargailah yang menyanyangi...
Menghampakan orang lebih teruk daripada memberi harapan kerana memberi harapan mungkin ada satu peluang baginya tapi menghampakan mungkin kita akan dihampakan!!
Hati ini tiada lagi yang memiliki dan dimiliki melainkan yang maha esa dan juga kedua ibu bapa terchenta,,
Maafkan along mak ayah,,,,along buat benda yang tak sepatutnya,,along ingkar nasihat mak bila mak cakap "jangan lagi along kan masih belajar, kejarlah cita2 tuh dulu sebelum cinta"
Tak kan lari yang semua tuh..kata mak,,,along ingat walaupun along still buat benda yang mak tak bagi tuh..
Tapi sekarang along betul2 nak betulkan nawaitu along kat sini untuk mengejar cita2 dulu...
Maafkan along mak ayah...:(

~SEKIAN~


Monday, February 21, 2011

Rahsia Personaliti Tarikh Lahir

Rahsia Tarikh Lahir


Contoh:
12 April 1974
12 + 4 + 1974 = 1990
1 + 9 + 9 + 0 = 19
1 + 9 = 10
1 + 0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah 1)




Keterangan nombor lahir
1. Ketulenan
- Hadir dengan idea baru.
- Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.
- Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
- Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.
- Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.
Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1: Abe, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan, Coral Burnett, Wynona Judd, Nancy Reagan, Requel Welach
2. Pendamai
- Dilahirkan sebagai diplomat.
- Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.
- Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.
- Mereka tidak suka bersendirian.
-Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
- Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2: President Bill Clinton, Madonna, Whoppi Goldberg, Thomas Edison,Wolfgang Amadeus Mozart.
3. Ceria
- Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.
- Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.
- Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya.
- Mereka sangat popular dan idealistik.
- Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3: Alan Alda, Ann Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali, Jody Foster
4. Konservatif
- Golongan ini sangat peka dan tradisional.
- Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.
- Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.
- Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian.
- Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar.
- Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
- Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4: Neil Diamond, Margaret Thatcher, Arnorld Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan
5. Perintis
- Mereka adalah perintis.
- Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm).
- Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat.
- Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi.
- Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.
- Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5: Abraham Lincoln, Chorlotte Bronte, Jessica Walter, Vincent Van Goh, Bette Midler, Helen Kellar dan Mark Hamil.
6. Romantik
- Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira.
- Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka.
- Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka.
- Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.
- Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.
- Mereka suka seni musik.
- Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.
- Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6: Albert Einstein, Jane Saymour, John Denver, Merly Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn
7. Intelektual
-Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah. -
Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.
- Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.
- Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian.
- Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
- Mereka sangat suka berahsia.
- Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7: William Shakespeare, Lucille Ball, Micheal Jackson, Joan Baez, Princess Diana
8. Penyelesaian
- Golongan ini adalah penyelesaian masalah.
- Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.
- Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.
- Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif.
- Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
- Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8: Edgar Cayce, Barbra Streisand, George Harrison,Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Franklin, Nostrodamus.
9. Pelakon
- Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.
- Mereka sangat penyayang dan pemurah.
- Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.
- Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka.
- Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.
- Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood).
- Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 9: Albert Schweitzer, Shirley MacLaine, Harrison Ford, Gloria Steinem, Jimmy Carter, Elvis Presley.

Fokus, Fokus, Fokus dan terus Fokus

Asssalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah syukur sangat sebab diberi nikmat iman dan kesihatan yang sihat,,

OKESSS.....hari ni tak banyak sangat lah nak membebel sebab kalau cakap banyak-banyak pon mesti orang tak suka kan.Apatah lagi kalau benda yang dicakapkan tuh menyakitkan hati atau pun sebaliknya lah kan.. Baru aku perasaan dalam hidup ni tak semua nya indah, tak semua cantik di mata orang. Mungkin cantik bagi kita tapi tidak pada orang lain. Susah untuk menjaga hati orang sedangkan hati kita sendiri terluka. Setiap tutut bicara membawa 1000 makna yang mungkin jugak setiap menilainya berbeza pandangan. Bak kata, lidah lagikan tergigit ini kan pulak ragam manusia yang berlainan lidah..haha..tak pandai nak bermadah tapi cukuplah setakat tuh yang mampu di ungkapkan..Sekarang FOKUS..FOKUS...FOKUS...dan FOKUS.. Tuh lagi penting dari segala yang lain.. FOKUS study (InsyaALLAH), FOKUS pada tugasan yang semakin banyak...FOKUS pada diri sendiri jugak penting..Jangan pulak asyik pikir orang lain diri kita sendiri tak TERFOKUS lama-lama boleh mati katak  gituh je kan....OKES....CIK SUE...kam0 boleh melakukannya, Jangan mengharap sangat pada orang. Cuba jadi diri sendiri OK...awok tuh dah besau..!..SO pandai-pandailah pikir OK...Nun yang jaoh di sana sentiasa merindui kam0 diiringin dengan d0a keberkatan semoga kam0 berjaya dunia akhirat..Sayang Mak n Ayah............Ingat!!..Kam0 lah harapan mereka OK....

SEKIAN

Saturday, February 19, 2011

~Sayang Ayah~

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni hari yang paling bahagia dalam hidup aku dan aku sangat gembira bila mendengar berita dari ibunda terchenta bahawa keadaan ayahda tersayang semakin pulih,,,,Doa penenang dijadikan panduan, zikrullah dijadikan amalan dan kesedaran diikuti keinsafan menggambarkan segalanya. Syukur yang tidak terhinggan pada ilahi kerana telah memberi petunjuk yang baik. Sejadah dibentang tanda kesyukuran pada-NYA moga diberi kesejahteraan hidup dan nikmat kesihatan juga nikmat iman yang menjadi benteng dalam hidup ayahanda terchenta. Tidak dapat ku gambarkan betapa gembiranya menerima khabaran ini hanya TUHAN saja yang tahu betapa aku sayang sangat AYAH dan juga IBU. Merekalah nadi hidup aku..Syukran...

SEKIAN..

Friday, February 18, 2011

Sedang menguruskan diri!!

Selamat petang semua...

OK....story untuk hari ini sangat ringkas, padat dan penuh makna..Semua tentang kerjaan ku di IPG nih.Semakin sibuk menguruskan masa dan membahagikan masa aku untuk melangsaikan tugasan-tugasan tepat pada waktunya. Senarai tugasan yang perlua aku ambik berat..:

1) Asemen Sukatan Pelajaran BM/SK - 7/3/2011
2) Asemen Titas - 11/3/2011
3) Asemen FPK - 11/3/2011
4) Asemen Kaedah Pembelajaran BM/SK - 28/3/2011 (25/3)
5) Asemen PKK - 28/3/2011 (25/3)

*OK..cik sue jangan lupa dan leka...
*Tanamkan tekad dan azam untuk ciapkan semua tepat pada waktu
*Jangan malas sangat ok dan jangan banyak TIDUR
*Jangan asyik berFACEBOOK sangat ok..!!!!!

Monday, February 14, 2011

Percutian + Mr. Asemen + Sukantara....

Assalamualaikum w.b.t

Fuhhh!!...terasa lama giler meninggalkan mr.blog tersayang...baru hari ni berkesempatan nak *dating* betul-betul sebab dah rindu sangat2 dah......ngee:)

~PERCUTIAN~

OK...bermula percutian ^Hepy New Year^ hari tuh aku gerak pergi Negeri Kedah Darul Aman....1st time kot pergi sana sorang-sorang...TETAPI....apa yang aku nak cerita nih adalah sebagai pengajaran untuk diri sendiri dan juga orang lain....Pengalaman yang betul2 tak aku lupakan...Macam-macam perasaan ada,,MARAH,GERAM SEDIH,TAKOT..n berakhir dengan TANGISAN...

Panjang ceritanya tapi aku pendekkan.........time hari jumaat sebelum cuti HNY tuh aku n 3 lagi kawan-kawan pergi ke Gopeng..Nak menuju ke destinasi masing-masing lah kan.....Destinasi yang dituju kawan-kawan aku tuh adalah KL..n bas dorang pon gerak awal sikit dari aku..Tinggallah aku sorang-sorang dengan perasaan yang riang gembiranya sebab nak balik kampung nenek aku......Dah lama dah tak balik sana....Tapi yang menjadi kemusykilannya masa aku pergi ke kaunter nak tukar tiket lah kata kan (pesanan jurujual) tiba-tiba boleh pulak dia tanya nak apa (sambil aku hulurkan tiket tuh) then buat muka blur...Time tuh aku dah rase tak sedap hati dah....bedor weh!!..Lama jugak lah aku tunggu pastu aku tanya dengan cara paksa rela "dia" bagitahu yang TIKET aku tuh tak ada b00king..(That's mean TIKET aku kena TIPU)...fUHHHH!!!...panas tuh beb....Menyirap darah aku......dah time tuh aku sorang-sorang, dengan perutnya LAPAR...jadi pulak macam tuh memang aku tak tahu nak buat apa lah........

OK....fine!!!..aku terima walaupun mulut aku nih tak habis-habis membebel (dalam erti kata yang sebenar menyumpah!!!. GERAM...), air mata pon sibuk je jugak nak keluar, PERUT lagi menyanyi!!....Aku call kengkawan aku yang kat maktab yang tak balik lagi tuh  sebab nak mintak tolong (yang nih secret!!..personal)..Then dengan bantuan dan nasihat mereka-mereka ni aku dah mula OK ckit...COOL dulu,,Aku try carik semula tiket aku tuh untuk gantikan tiket TIPU tuh..TAPI boleh dijadikan cerita tiket malam tuh semuanya habis tinggal 1 je 2 pon ad tuk 3 pagi sahaja..Gila lah aku sorang-sorang nak tunggu kat situ kan...OK sekali lagi aku relax,,,,BLURR otak aku tak tahu nak buat mende,,,


Satu keajaiban telah berlaku semasa aku RILEX tdi tuh.....jurujual tadi tuh datang cari aku semula dan kata dia nak gantikan tiket aku tuh.....WOW.....!!...syukur ALHAMDULILLAH (mungkin dia tengok muka aku dah macam orang mati laki je kan....kesian k0t.....) Aku berterima kasih jugak even pada mulanya tadi aku membebel banyak (mengumpat!!)..OK dah COOL...pengajaran OK tuk semua..berhati-hati semasa anda handak membeli tiket tuh!!!..pastikan tiket anda tuh dah dib00king betul3.....tau!



OK...m00d nak bercuti sedikit hambar..maklumlah 1st time jadi gituh kan....sape tak takot....Ringkasnya (macam panjang je kan)...percutian yang menyeronokkan sampaikan aku lupa diri yang aku ni ada TUGASAN (asemen!!)...haha...Enjoy2 dulu la kan.....Cuti aku banyak jugak la pergi tempat yang tak pernah aku pergi n nama nama nya pon pelik2....tak kisah lah kan..janji dapat pergi tempat orang, tak rugi pon..kata orang jaoh perjalanan luas pemandangan........Sempat jugak aku pergi kenduri sedara kat sana na sempat lah jugak berSNAP...hahahhaa.....ni gambar-gambar yang aku ambik kat Mok Su aku..


tESTING3!!!!

Bersama nenek terCHENTA!!..l0ve U NEK!!!


akhirnya!!...musuh aku nih...berjaya jugak aku dapat dukung dia..hahaha

Budak comot!!

minah kipas!!!

Me n Moksu

ketembaman muka jelas terpancar!!....


Nak jugak ye nih!!! Layan jelah..hahaha..jangan marah ye moksu..!!!


psssitttt2!!!!


NUR QISTINA ALISYA BINTI MOHD ZAMRI.
comel sangat!!


wink2!!......jadi pengapit pon jadilah....Sue!! sabar ye tunggu turn..calon pon xde!!so jangan mengade2!


Ni ngan mok su aku....saje2 kengadeaan kteorg nih same jew..haha


wif Hanis Zahira...nih pupu2 ku..comel!!.....kan2.....


Sape lah yang akan duduk kat sebelah aku tuh kan nanti..ngee...mengade!!....stop it sue!!!

wat muka seposen cikit..wakaka

OK..tu saja lah gambar-gambar yang boleh dimuat turunkan...lain-lain Opps!!!,,,,,,,ada masalah teknikal,,,ngee:)
then..selama 7 hari aku bercuti kat sana...orang lain cuti 9 hari yang aku nih 7 je..kenapa?sebab sedara-sedara pon dah nak balik rumah masing-masing kan so tak de orang dah nak lepaking ke bual je ape ke kan...aku ambik keputusan balik awal..even dalam hati ada sedikit lah perasaan takotnya....takot tak ada orang..sunyi pulak tuh kan..al maklumlah aku ni penakot....hehe....tapi dengan kekuatan yang ada aku beranikan diri jugak.....kih3.......OK je cuma sunyi sikit...tapi jugak la student2 yang tak balik kampung especially Sabah Sarawak....

Konon-konon mood nak buat asemen lah katakan tapi disebabkan penangan katil yang begitu indah aku asyik tidur jer...lupa diri lagi...ASEMEN tuh bila la kau nak ciap Cik Sue ooiii!!.....
slow-slow la kan buat sebabnya belum  sampai seru nak buat.......Pelik cikit...tapi aku cuba n terus mencuba untuk jatuh CINTA dengan mr.asemen nih..AKHIRNYA....terlaksana jugak walaupun bukan 100% ciap tapi ada kemajuan.....Alhamdulillah....syukur....



OKEH!!!..habis cerita pasal ASEMEN...sekarang nih tengah musim SUKAN...Fuhhhh!!!!.....KECOH kot!!.........dengan pengumuannya dengan rondaan Prabu + Hon motor tuh memang agak gempak lah..sampaikan aku jugak jadi semangat sekali..tapi bukan nak main sangat pon..sekadar hadirkan diri jew....Pape pon SUKAN ni bezz..bez sebab dapat tengak macam-macam gelagat studnt yang sibuk menguruskan rumah SUKAN masing-masing!!!,,,,


OKEH itu sahaja ...SEKIAN....