Sunday, February 27, 2011

Cukup Sekali..

Assalamualaikum w.b.t

Kata orang sekeras kerak nasi akan lembut jugak kalau disirami air kan...Tapi dah jadi sebaliknya bagi aku. Penat kan nak menjaga hati orang, lagi penat kalau kita saja yang kena bersiap sedia berhadapan dengan segala macam dugaan dan rintangan yang belum diketahui usulnya. Ketidakadilan kan..Tapi fitrah manusia kita kenal yang mana kawan dan yang mana lawan. Tapi bagi aku cukuplah sekali saja. Mungkin selepas ni segalanya akan berubah. Biarlah dikatakan orang berkepentingan asalkan tidak kita lukai hati sendiri. Jaga hati sendiri adalah lebih baik daripada menjaga hati sebab kita tak tahu lagi sejauh mana dia boleh menjaga hati kita. Berkepentingan untuk diri sendiri. Tak perlu takut untuk mengatakan tidak untuk kepentingan diri sendiri. Tak perlu jugak "terhegeh-hegeh" bagaikan menagih simpati. Terasa diri dihina. Sememangnya manusia dilahirkan tidak sempurna tetapi tidak salah untuk memperbaikinya. Jangan hanya kerana ego semuanya membatasi keputusan yang bakal diambil. Cukup-cukuplah sekali. Cuba untuk tidak membuat sesuatu berlandaskan emosi sebab bila emosi menguasai diri segalanya dinafikan, meletakkan segala kesalahan dibahu orang.. Adakah itu adil? Hidup ni kalau nak semuanya adil baik tak payah hidup. Menyusahkan orang kan tapi...tapi.......buat apa Tuhan bagi kita dugaan pada orang yang terpilih kalau dia tak mampu menanganinya kan. So adillah mengikut situasi. Sekarang mungkin ego dan emosi menguasai diri aku dan bila aku cakap cukuplah sekali saja maknanya semuanya akan berubah tanpa dipinta. Mungkin aku jugak tak nak tapi apa kan daya "luaran lembut, hatinya keras". So fahamlah disitu, Lagi satu ini blog aku so apa saja yang aku nak tulis tuh aku punya pasal, aku punya hal..Kalau rasa tak nak baca jangan baca. Aku tak kisah...tq......Sory kawan, cukuplah sekali..maaf boleh dipinta dan dimaafkan tapi terkesan dihati..Pengalaman mematangkan kita, memberi pengajaran untuk lebih matang so jadikanlah ianya panduan bukan sempadan. Aku tak mampu mengungkapkan kata maaf biar pun ianya persis kanak-kanak yang tidak matang fikirannya berantakan hal yang tidak serupa bikin ni kata orang tapi untuk bagi pengajaran tidak salah kan. Dihati kata maaf hanya mampu diungkap biar kalian tidak mendengarnya mungkin untuk kali terakhir. Maafkan aku kawan. Mungkin aku yang salah tetapi percayalah sayang antara kawan tidak akan pernah padam andai kata kita mampu menjaga hatinya sebagaimana kita menjaga hati kekasih kita. Peringatan untuk diri sendiri yang terlalu banyak kelemahan........tq..

No comments:

Post a Comment