Monday, October 24, 2011

Tak semua orang tahu kan :(

Sumes kembali lagi untuk mengupdte belog yang usang ni, kadang-kadang terjengok dan kadang lantak lah kau. Ade aq kesah??

1st of all.....
Assalamualaikum w.b.t

Nak mulakan cerita pon dah tak tahu. OK, bermula dengan karnival h0ki lah sebelum cuti raya depavali ni.. Kunun-kunun main hoki lah kn, tapi Alhamdulillah berjaya juga membantu team Unit J. Menang jugak wei!!..HAHA..

Then, cuti....seminggu terasa lamanya la kan, tapi nak buat macam mana akan ku tempuh hari-hari seminggu tu dengan tenang.. cewah ayat xleh blah..

Sebenarnya, bukan apa...aq nk cakap pasal yang 1 ni ja..tak semua orang tahu!!..Nak orang tahu nanti takot dikata nak simpati. Tapi bukanlah bermaksud sampai macam tu. Ni sebab dah tak tahu nak story mory kat sapa dah. Haaa!!..ni nk kuaq loghat kedah dh!!..Geram!!

Sakit ni Tuhan ja tau. payah nak cerita kat orang terdekat pun belum tertanggung sakitnya. ni kan pulak aku...takpa2..better indpendent ok mek sue..

Terasa nak merawat segala sakit ni, tapi di sebabkan xdak ongkos apa pon tak jadi, dunia zaman sekarang semua guna duit kan.. So, konklusinya..tanggunglah sendiri. Ada ketikanya emosi tertanggu sebab tak tertahan n tertanggung sakit. Aq muda lagi tapi sakit pelik2, macam2...nak mengadu domba sapa ja yang boleh dengaq...kalau cerita, mesti orang cakap.."awat tak cakap awai2.."Tapi sedar ke tak dulunya ak dah cakap sampai orang tak mau dengaq!..So, mek sue, u kena kuat. Tanggung sendiri ok...InsyaAllah xdak apa2...


Friday, September 23, 2011

Tolonglah FAHAM aku!...

0k kembali lagi dgn update yang baru setelah sekian lama terkubur belog aku nih. Semua orang mesti tau kan manusia ni tak lari dari masalah. Tipu lah kalau manusia takde masalah aku respect gila ahh tabik springgg!!! aku bagi. hehe well same goes to me. i have a lot of problems..

Problem yang tak kan ade orang boleh faham. BTW klo sesape yang bergelar remaja tu maybe boleh faham..
Firstly,
  • KEPERLUAN
  • KEHENDAK
Sangat-sangat penting kat semua orang tambah-tambah lagi macam aku ni student. So, banyak la benda dan perkaranya aku nak. Aku faham yang tak boleh dan yang boleh bagi. Tapi aku cuma nak 1 je...TOLONG FAHAM AKU!...

Sekali pon cukuplah...

Sakit makan dalam tau tak kalau hidup ni umpama yatim piatu belum waktunya. Sorry sangat-sangat bukan bermaksud untuk memperlekeh atau memburukkan yang TERMULIA tapi aku jugak manusia ada yang TERSAYANG (jangan salah faham, bukan PAKWE or wteva ok..)

SEKIAN 

Friday, July 8, 2011

Diluah mati emak, ditelan mati bapak..:(

Assalamualaikum.....

huh!!....da lama rasanya tak membebel kat belog nih...Tapi bila sampai satu tahap dah rasa tak tahan nak tanggung sorang-sorang, di sinilah terluah segala yang tersirat...Hanya yang MAHA ESA tahu betapa beratnya menanggung perasaan diluah mati emak, ditelan mati bapak....

YA ALLAH..... Nak menafikan tanggungjawabnya sebelum ni tertunai jugak tapi kini seakan-akan separuh ditunaikan hingga terpaksa mencari jalan sendiri untuk hidup di perantauan. Bukan menidakkan apa yang diberi dan apa yang tidak diberi tetapi tuntutan kehendak perasaan inginkan perhatian, sokongan, belaian seperti yang lain terasa sangat sukar kini. Takut untuk mempersoal dan menyuarakan segala tuntutan yang tidak tertunai akan digelar DERHAKA...Sungguh aku terasa kehilangan walaupun masih di alam nyata. Mungkin doa dari jauh hanya mampu ku hulurkan supaya keadaan menjadi seperti sedia kala. Tuntutan kehendak manusia yang dahulu taksub kepada perkara yang membahayakan kehidupan anak cucu kini makin dirasai..KEJAM!!...Tak rela untuk meneruskan apa yang ditinggalkan ITU walaupun bukan aku yang mewarisi. Dan jangan yang mengetahui akan kebenarannya MENAFIKAN BENDA yang wujud seolah-olah tak wujud..!!...KEJAM2!!!!

YA ALLAH.....kuatkan aku di sini agar diberi kemudahan untuk meneruskan perjuangan. Maaf kepada yang ayah dan mak. Along tak mampu. Sakit sangat-sangat bila jadi macam ni. Ya betul kata orang, "Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan". Tapi segalanya melampaui batas sehingga orang yang salah TERPAKSA menanggung beban. Tiada bahagia yang dirasai malah keperitan yang menyusuli.TAK ADIL kan???.....MAAF..

Sunday, June 26, 2011

Neves3...dup dap dup dap.....

huh!!.....neves beb......debaran....

bukan debaran nak nikah ke ape....tapi ni debaran lain...

DEBARAN nak dapat result yang 1st untuk PISMP..FUH....takut kot....



Bila dengar result member dari maktab lain yang dapay 3.7lebih.....
cikit je katanye...ada lgi yang tinggi....

FUH....apa-apa pon kita tunggu je esok...
TERIMA DENGAN REDHA DENGAN APA YANG DIBERI....

INSYAALLAH.....

Saturday, May 21, 2011

9 Sebab Hubungan Tidak Mampu Bertahan

1. Menipu
Menipu adalah "pembunuh" utama dalam sebuah perhubungan. Ia umpama ledakan gunung berapi yang meletus hebat. Ada yang menipu untuk "menyelamatkan" sebuah perhubungan, namun mereka tidak mahu hati pasangan terluka. Sesetengah orang tidak dapat menerima bahawa hati mereka telah dipermainkan.

2. Harapan / Kebebasan
Ada pasangan meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada pasangannya malah mereka bergantung penuh kepada pasangan. Ada lelaki menyukai hal ini tetapi ada juga yang sebaliknya. Di sinilah timbulnya konflik yang mungkin menyebabkan hubungan terputus di tengah jalan. Ada pula lelaki yang inginkan kebebasan, tetapi dikongkong. Hal-hal beginilah membuatkan perhubungan tersekat.

3. Terlalu Memikirkan Aspek Perkahwinan
Perhubungan yang sihat biasanya berlangsung dalam suasana yang sangat harmonis. Ia perlu diisi dengan kasih sayang dan sikap saling memahami. Bila semua ini ada barulah perhubungan boleh sampai ke peringkat serius. Tapi sesetengah wanita, yang baru saja berkenalan terus saja mengharap akan ia berakhir dengan perkahwinan. Mereka takut jika perhubungan dijalinkan hanya sia-sia sahaja. Jadi kalau timbulnya konflik ini, perhubungan boleh menjadi putus.

4. Mengungkit Hal Yang Lalu
Menjadi kepantangan bagi sesetengah orang untuk mengungkit hal-hal yang lepas. Apatah lagi jika mengungkit akan kekasih lama. Belajarlah dari kesilapan, jangan mengungkit kisah lalu kalau anda sayangkan perhubungan.

5. Berbeza Pendapat
Dalam menjalin sebuah perhubungan, perbezaan pendapat memang sering terjadi. Kita mempunyai idea yang berbeza dengan pasangan dan hal-hal inilah yang membuatkan pasangan sering berbalah. Ada yang mempunyai cita-cita tetapi tidak dapat ditunaikan hanya kerana pasangan tidak mengizinkan. Itu adalah antara perkara yang boleh membantutkan sesebuah perhubungan.

6. Status Yang Tinggi
Ada sesetengah pasangan sangat gembira dengan perhubungan yang dijalinkan. Mereka sangat bahagia namun ada sesetengahnya begitu mementingkan status diri. Mereka memilih pasangan yang dirasakan sangat sesuai dengan diri mereka.

7. Hal-hal Yang Menyakitkan Hati
Ada perkara yang dibuat oleh pasangan memang menyakitkan hati. Malah sanggup melakukan hal-hal bodoh semata-mata mahu menyakiti hati orang lain. Jadi kalau inilah yang terjadi, hubungan anda pasti tidak akan bertahan lama.

8. Kehidupan Yang Sangat Mendesak
Ada sesetengah pasangan memang suka menyusahkan pasangannya. Mereka sering memberikan masalah dengan membuat pelbagai perkara hingga ia menyakiti hati pasangan. Kehidupan yang sangat terdesak ini adakalanya membuatkan perhubungan tidak berlangsung dengan baik.

9. Kawan-kawan dan Keluarga
Tidak mustahil, kawan-kawan dan keluarga juga boleh membuatkan sebuah perhubungan menjadi tidak stabil. Pengaruh dari kawan-kawan dan keluarga boleh mempengaruhi keputusan. Jangan salah sangka, orang yang anda sayang pun boleh terlepas dari tangan jika keluarganya tidak menyukai anda.

Tuesday, May 17, 2011

Antara 2....

Antara 2??

Macam-macam yang ada dalam kepala otak sumes nih..



Nak kata serabut tuh, tak lah sangat tapi diselubungi persoalan antara dua??

Nak mengeluh nanti tak baik untuk kesihatan pulak kan, so lebih mudahnya membebel di belog yang suram sesuram sumes nih. Susah jugak nak merungkai persoalan antara 2. Ada sesapa boleh tolong sumes?. Agak complicated jugak lah. Tapi tak tau nak rujuk kat sapa. Last2 nya, terpikir, apa-apa masalah ke persoalan ke kenapa kita perlu cari rujukan lain selain mendahului rujukan kita dengan Allah s.w.t? Kan lebih baik. Tapi hakikatnya kita manusia, sama jugak lah macam sumes.......Ya Allah, permudahkan apa yang bermain di pikiran sumes. Sesungguhanya hati ini tidak tenang apabila memikirkan suatu perkara ini yang melibatkan hati dan perasaan orang. Selalu ingat kata-kata seorang insan berbunyi "susah nak jaga hati orang sedangkan hati sendiri belum lagi terjaga kan.". Adakah pilihan terbaik di tangan kita?. Kata orang "kita hanya mampu merancangm Tuhan yang menentukan segalanya". Tapi kalau kita menafikan perancangan yang telah ditetapkan, adakah kita menolak takdir??..Takdir?. Lagi 1 hal yang bermain di fikiran sumes...

Runsing bila pikir, tetiba terlintas, terwujud, terbayang, terpaku, terkesima, terharu...Ahhhhh!!!..Banyak lah TER nye...Tapi...tapi...tapi....Susahlah nak cakap...Sumes dah try tanya pendapat rakan tetapi macan sedikit menentang, sumes tak nafikan pendapatnya adakalanya betul jugak, tapi hati ni selalu memberontak mengiakan apa yang dinafikan....Susah nak terima pendapat orang. Tetapi sedang berusaha untuk belajar menerima pendapat orang. InsyaAllah, Doakan sumes dapat merungkaikan persoalan antara 2 nih....

Kalau sesapa baca pon belum tentukan dapat tahu apa persoalan 2 kan....

Ikhtiar, Doa, Tawakal.
Rujuk pada-Nya jangan dilupa...
Segala kekusutan akan terlerai...
Istiqamah.....InsyaAllah..
Doakan Sumes...

Sunday, May 15, 2011

Semalat Berjuang...

Selamat Berjuang 




Malam Siang Berlalu

Gerhana Kesayuan
Tiada Berkesudahan
Detik Masa Berlalu
Tiada Berhenti Oh Syahdunya



Sejenak Kuterkenang

Hakikat Perjuangan
Penuh Onak Dan Cabaran
Bersama Teman-Teman
Harungi Kehidupan Oh Indahnya



Berat Rasanya Di Dalam Jiwa

Untuk Melangkah Meninggalkan Semua
Kasih Dan Cinta Yang Terbina
Ia Akan Selamanya



Selamat Berjuang Sahabatku

Semoga Allah Berkatimu
Kenangan Indah Bersamamu
Takkan Ku Biar Ia Berlalu
Berjuanglah Hingga Ke Akhirnya
Dan Ingatlah Semua Ikrar Kita



Hati Ini Sayu Mengenangkan

Sengsara Di Dalam Perjuangan
Jiwa Ku Merana Dan Meronta Mengharapkan
Kedamaian Dan Jua Ketenangan



Tetapi Ku Akur Pada Hakikat

Suka Dan Duka Dalam Perjuangan

Perlu Ketabahan Dan Kekuatan


*Kepada sahabat2 J2 selamat berjuang menempuh peperiksaan*
*Usaha, doa dan tawakal..InsyaALLAH,,,,:)*
*Kita semua harapan ibu dan ayah.......*
Keberkatan mereka sangat penting buat si anak...
selamat berjuang buat rakan2 di luar sana jugak......